28 Mac, 2009

Band terbaru: Leha and the Seniors

LEHA, anak yang aktif rapat dengan ibunya. Mama pula seorang yang supportive dan sentiasa manjakan anak tunggalnya itu. Suatu petang di dapur rumah...

MAMA: Masa di asrama ada tak apa-apa aktiviti menarik yang Leha join?

LEHA: Leha join band, ma. Misi kitorang berempat nak buat kejutan. Pakat nak satu negara sedar kewujudan kami.

MAMA: Bangga mama kamu ada cita-cita besar macam tu. Empat orang saja? Cukup ke?

LEHA: Leha part jerit-jerit. Mimi, Siti pakar goreng, Zura ketuk mengetuk kasi pecah. Padu dah, ma. Ramai sangat takut tak unite.

MAMA: Apa nama band kamu?

LEHA: Kami Tak Takut Warden.

MAMA: Pelik sungguh nama. Selalu di mana kamu semua praktis?

LEHA: Dekat asrama. Tiap malam kami berlatih. Semua budak respect kat kami. Mungkin sebab kami rajin. *Muka bangga, hidung kembang*

Leha
Gambar kenangan di belakang blok asrama

MAMA: Ada bilik jamming di sekolah tu?

LEHA: Mana ada. Kena pandailah nak hidup.

MAMA: Student lain tak marah ke bising malam-malam. Tak kacau dorang nak ulangkaji ke?

LEHA: Kitorang dah pesan jangan mengadu. Lagipun kami senior. Biasalah, siapa berani tegur.

MAMA: Suka hati kamu lah, Leha. Jangan sampai bantai, pukul budak sampai lunyai sudah.

LEHA: Laaaa..Macam mana mama tau? Tak suprise dah!

MAMA: ??????? *Kebingungan*

LEHA: Bila kami perform, tugas Leha macam biasa jerit sekuat hati. Serapat yang boleh, sampai terkeluar anak tekak. Kalau tak jalan, Zura "Gemuk" ambil turn. Pukul muka, badan, kaki sampai remuk. Tangan tak boleh sentuh sebab itu untuk Mimi, Siti. Seronok betul dorang, ma. Grip tangan budak. Lepas tu celup dalam minyak panas. Meraung budak tu. *Muka sangat bangga sambil tersenyum*

GEDEBUK!!

LEHA: Mama! Mama! Bangun! Leha belum habis cerita ni.

MAMA: *Berbuih mulut dan menggigil* Itu bukan band, sayang. Itu buat geng. Geng pukul orang namanya. *Pandangannya semakin gelap*

7 ulasan:

cikNiarun berkata...

hahhaha..leha yang gile kuasa~


ada hati nak menggegarkan dunia~

Kap berkata...

kalau masuk Metro sbb celup tangan anak orang dlm minyak panas, tak gegar dunia namanyer;-)

TiNiE berkata...

adusss..menakutkan. dah la tinie ada 4 anak dara yg lasak. takooott..!!! simpang malaikat 44...

zety berkata...

maw meninggal mama die ni.tu la budak2 sekarang dah terlebih advance.leha2..kesian betul kau kan.hahahaha

Kap berkata...

TiNiE: insyalah..kecik2 lasak, dah besar pandai masak...terima kasih, mak..eh, mak pulak;-)

zety: jangan kesian Leha..Mama dia sekarang kat tanjung dah..

didiey ;) berkata...

huwawaaaaa..
sy jadi follower blog nie..
leha twok tol!
dd na join band dowang larh!!
dowang asrama skula mane??
huhu

crescent berkata...

takott klo ade wujud org camgitu..hehe