31 Mei, 2009

Mariboroi, Dunkill, Laki Setaik, Semputnya A-, Gudang Gula, dll.

1. Kalau tak ada kami, mana ekonomi nak jalan. Ladang tembakau jual hasil dekat pasar ke?? Buat bungkus tapai? Juta ringgit sehari. Kalau setahun, kira sendiri. Siapa boleh buat? Kami juga! Kami insan pemurah. Penyumbang cukai yang setia untuk negara.

2. Orang mati bukan sebab rokok. Tapi sebab tak cukup syarat. Bila badan minta kau 10 batang, kena hisap 10. Atau lebih! Tak ikut. Baru kena kanser! Badan kita manja. Nak kena layan, belai. Nanti merajuk payah. Huh! Perempuan pergi spa ratus-ratus habis. Ok pula?

3. Aku merokok sebab nak nasihat anak - jangan hisap rokok! Merokok berbahaya. Kasi abah duit. Biar abah seorang beli rokok.

4. Hisap rokok haram ke? Imam sebelah rumah aku dua kotak 20 sehari. Sembahyang khusyuk memanjang. Lagipun aku beli dengan rezeki halal. Bukan main judi.

5. Hidup mesti seimbang, kawan! Bini aku jaga dapur biar berasap. Aku pun wajib "berasap". Kan balance sudah.

6. Serba salah dibuatnya. Memang nak berhenti tapi tak kena gaya. Awek hisap. Aku tak. Dayus!

7. Apa kau tahu. Kerajaan bersusah payah kempen untuk iklankan rokok. Cakap barah, pencemaran, rumah terbakar panggil bomba. Bagi kita rindu rokok. Makan rokok. Tidur rokok. Rokok is my life. Ingat! Kerajaan sebenarnya nak suruh kita hisap lagi banyak. Kalau tak kenapa tak hadkan jumlah rokok yang syarikat boleh jual?? Tak pun langsung haramkan penjualan rokok. Itu reverse psychology (psikologi songsangan). "Jangan hisap rokok" maksudnya "Sila merokok seribu kotak sebulan". Contoh!

No Rokok
Lawak!

Satu hingga tujuh adalah wakil infiniti frasa yang akan / telah keluar dari mulut insan bergelar perokok. Selalunya diikut dengan helai tawa berdekah berdekih tanda mereka mentertawakan diri sendiri. Anda setuju??

Persoalannya, adakah semua ayat itu hanya dalih?

Atau memang ia fakta terselindung?

Alasan munasabah? Hukum hakam? Dalil?

Mari berpegang pada satu. Bunuh diri terjun neraka!

Dengan demikian, Kap isytiharkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia, 31 Mei sebagai gagal!

30 Mei, 2009

Terkesima sebentar

Bila seorang lelaki enggan menerima payungnya sendiri, anggaplah dia sudah bersedia untuk "basah"....

28 Mei, 2009

Tak dapat disorok lagi: Persamaan Al-Kaput dan Messi

Lihat boot baru Messi. Warna macam pernah ku lihat. Baiklah, aku mengaku. Dia memang peminat Al-Kaput. Sebab tu dia nak warna serupa dengan tema blog ni. Sekian.

Terbang

Pagi tadi setan menangis

Pakcik, bagi "dua telur". Yang ada palitan taik ayam. Bungkus dengan plastik "merah pekat".

Diam lah!

Wiwiwiwiwi..

Menangis
Menangis ke?

26 Mei, 2009

"Badan awak saya tengok bagus, just nice!"

Mahu beri amaran pada anda. Harap jangan tersilap tafsir. Entri cerita tentang tubuh tuan punya blog. Kedengaran lucah. Isi tidak. Tulisan menuju arah ilmiah. Sila hayati. Alamak! Rindu pula pada cikgu Hayati.

Permulaan berat. Kap jarang buat senaman berat. Peluh pula terlampau. Gangguan psikologi. Rimas.Gelisah. Kadang kala rengsa. Jadi gatal. Menjejes. Melekit. Malu pun ada. Basah sana sini. Bawah lengan kekal kering. Namun bahagian lain tak dapat nak tolong. Walau pun selepas mandi.

Kedua. Serangan nyamuk buat kaki kegatalan. Nafsu pula ajak garu. Bila puas bekas parut terhasil. Meski sudah tahu, tergoda juga. Menggaru sangat nikmat. Jess bermanja bersebelahan mungkin terpinggir sama.

Lagi isu berbangkit. Kurang buang air besar. Penyakit lama. Kena tunggu penuh baru melabur. Pujuk beri makan serat. Jagung, pisang. Dipaksa usah. Buat bodoh nanti bila di tandas. Reaksi tiada. Hanya buang masa. Punggung mengebas.

Badan masih tetap bersaiz optimum. Kegusaran timbul kerana perut menambah lemak. Makan terjaga tapi kurang aktiviti fizikal merubah segala. Masuk bulan enam tahun ini bakal bertranformasi. Hadir bersama semangat robot Transformers, "Autobots, work out!"

Akhir. Resdung semakin memulih. Langsung tak usik ayam, ketam, udang. Tipu! Hanya lebih memilih makan. Bukan cerewet. Pilih segar, sesuai untuk tubuh. Banyakkan minum air kosong. Singkir toksik badan. Hidrasi sentiasa. Jerawat kurang. Hati senang.

Yang aku perasan, badan ni selalu bertoleransi. Bila ada yang lemah, bahagian lain terlebih ok. Macam Wonderpets berkerjasama.

Bagai dikata. Tiada kandungan 18SX. Jika degil minta sama Chua Soi Lek. Huhuh.

25 Mei, 2009

Buang rasa rendah diri. Orang putih bukan betul sangat.

Anda dapat kredit dalam bahasa inggeris. MUET pun cukup makan. Borak dengan mat saleh setakat, "I miss you like crazy" cuma. Usah peduli. Jom layan kepala.

Setiap bangsa ada lebihnya. Jadi, mari lari dari cerita kekurangan kita. Mereka mustahil mencipta sempurna. Sempurna tak boleh direka. Kerna sudah ada pada-Nya.

Tonton di bawah. Lagu indah diadun sama video "seram". Kurang gembira mengingatnya. Dulu siap terbawa ke tidur. Kumat kamit doa harap dapat lupa rupa sengeh buatan komputer. Hantu! Tak dapat lupa. Orang kata seni. Aku bantah! Lihat sendiri. Tolong sokong aku.

Video pelik! Lagu terbaik!

Pautan: [1][2]

24 Mei, 2009

Pertama kali

"Malam nanti jangan layan video, main permainan konsol, makan lewat malam, karaoke sampai lambat tidur. Esok pukul lapan kita gerak," amaran dari Tukang Ubat.

"Tak nak!"

"Ni kan aktiviti keluarga. Selalu sangat tak cukup berlima. Kesian kat Ma," ayat padu maut menyinggah.

"Ok, set!"

Malas bangun awal atau rajin tidur lama bukan soalnya. Tapi dah tak suka. Tetap tak suka.

Alasan berjela. Bola bulat sangat lah. Pin ada sepuluh saja lah. Bunyi bising. Awek cun kurang. Kasut bau beruang. Lorong pendek. Tempat duduk plastik. Abang lorong sebelah kentut lah. Setiap kali berjaya. Lepas Angah membidas. Insaf kejap. Redha. Demi famili tercinta.

Baling pertama longkang. Kedua longkang. Ketiga strike. Wo! Seolah dongengan. Aku mula jatuh cinta. Jess, jangan salah faham. Bowling ya!

Empat perlawanan. Meski menahan pedih perut memulas semua lancar. Empat kali saja lari ketetapan. Banyak berhasil. Lagak seperti juara dunia. Lebih ngam. Tak payah bayar. Hang Kebun belanja. Aku mana pernah ada duit. Cit!

Tiba di rumah. Melihat trofi kemenangan Misi Rajin atas rak. Kejayaan lepas-lepas. Cakap pada hati, "Mana tumpahnnya kuah kalau tak ke nasi." Dua saat kemudian tersipu malu. Maaf, sukar dibendung.

Layar internet. Cari tentang cara menjadi bowler terbaik. Di mana membeli bola dan kasut bersesuaian? Alamak, tanda ketagihan! Bila pula akan diajak bermain lagi? Esok boleh?