05 April, 2009

Jaga adik anda semua

Sedang mencuba bersungguh membuat post lawak untuk semua Kaputan..



Maaf, Kap tak mampu..



Adik di hospital kerna sakit dada yang amat sangat..


Doakan adik saya ya kawan-kawan..


Saya sayangkan adik saya.


Saya nak buat kelakar dengan dia

Dia juga tersangat pandai bikin orang ketawa.




Kami sekeluarga rindu nak tengok dia lincah kembali...




Adik cepat pulih..Aku bosan..Aku dah tak bermaya..

04 April, 2009

Tak kelakar langsung

Tulisan kali ni ditaip sambil telinga disumbat lagu jazz. Siapa pernah follow Kapalana, Bill Withers mungkin tahu maksud headbanging ni.

Hari penuh cabaran semalam harus ditangani baik sama ada menggunakan tangan atau kaki. Sebelum bertindak perlukan lagu tema. Lagu gangster barangkali.

Mungkin harus bersabar dan kembali menjadi Al-Kaput yang suka tersenyum .

Kerana hilang sudah rasa tenang mesti terus mencari titik tenang, sudut tenang. Wuduk paling mudah. Paling mampu di saat mendesak, terdesak.

Wahai Kaputan sekalian, lagu apa anda dengar untuk kaputkan perasaan gundah yang menyerang? Bantu aku ini.

Tak sempat nak vote

Budak lelaki bertelinga capang satu program realiti telah tiada. Tapi tak terkejut. Dia bukan Mawi. Malahan budak kecik tu pun masih boleh kool lagi.

Comel belum tentu orang suka. Tambah sedikit bulu dan diameter perut. Mungkin bakal digelar "Teletubbies Malaysia". Pasti melonjak undi digital anda.

Kap belum pernah pergi audisi jenis nyanyi-nyanyi. Wajah kurang komersial (jadi??). Kalau layak, rela lagi direject minggu kedua. Sayangnya ini muka undi keluar minggu pertama! Anda tidak dapat diselamatkan.

Terdengar Marion berbisik agak pelat dalam mimpi pagi tadi, "Kap, Malaysia telah memilih anda sebagai juara Satu Dalam Sejuta: Musim Terhangat Setakat Ini." Seperti yang dikatakan tadi. Itu cuma mimpi.

03 April, 2009

Enam Jahanam

KAPUT: Tahniah, orang kampung ayah dah jadi orang nombor satu negara. *wajib senyum*

AYAH: *Tenung lama* Hek ek leh!

Mungkin tak kelakar bagi ayah.

02 April, 2009

Jadi anda rasa anda boleh menari?

Mangsa kritikan juri: Hanya paras rupa

Tersingkir minggu pertama: Kurang dinamik

Peserta favorite: Michael Jackson tabik

Juara: Hip hop guling-guling

Kaput: Siapa pilihan anda?

Sejarah mungkin berulang

Tomok, suara kau dah ok. Kaput dulu tak suka, sekarang i like (??).

Kap teringat masa first time pakai thumbdrive. 2002 kalau tak salah. Kawan semua tanya, "wei, mana disket?". Tadaa..gadget plastik rupa macam dog tag bersaiz 128mb. Tanya lagi, "Cane nak pakai?". Demo diberi. Ada yang ternganga. Ada budak yang terkembang hidungnya (sape ek?)

Harga tak usah cakap. RM150 ok. Tersangat mahal dan disebabkan Kap seorang lelaki yang mudah digoda. Akhirnya, terbeli. Usianya dah masuk 7 tahun. Prestasi tip top.

2009, disket tu apa? tinggal nostalgia. oldies, klasik, evergreen dan malar segar (sama).

Kita tau sejarah pasti akan berulang. Sekarang, epal paling sedap di dunia dah jadi New Boyz baru. Lagunya "Sejarah Telah Berulang"


Papan kekunci bakal kaput. Dah serupa iPod. iPod versi anak gajah yang seksi.

Tajuk lagu baru untuk Tomok, "Apa Lepas Ini?"

Tammat

64: Nombor bertuah

Nafsu makan tak bertepi selalu buat aku sengkek. Aku sanggup berhabis melantak sampai mata jadi very the apek. Pastu tidur (sungguh tidak senonoh). Sementara tengah kurang bergerak ni, aktiviti santai itu disita buat sementara waktu. Aku tak boleh izinkan kawasan bulat emas ni (perut lah) terus mengembang bak belon udara panas.

Sila praktikkan diet versi Al-Kaput. Mungkin sedikit menakutkan. Tapi apa lah hidup tanpa risiko, kan?

Pagi aku teguk milo panas gelas besar. Tengahari selalu skip. Paling kuat coklat bar besar, hentam first row saja. Baki masuk peti. Tak pun sebijik pisang. Untuk dinner, dalam pukul 5 - 6 petang dah makan, nasi sederhana + lauk sederhana. Sayur jangan tinggal. Wasatiah nabi suka. Noktah!

Rutin aku buat selama seminggu ni. Hasilnya, dari 66.5 kg kepada 64 kg. Slim 2.5 kg! Sekarang nenek tak boleh bahan perut comel aku ni. Aku bangga.

Tammat

01 April, 2009