15 April, 2011

Yang...

Hujan yang lebat. Kipas yang ligat. Kepala yang sarat. Badan yang penat. Katil yang terbentang hebat. Huh. Selamat malam.

14 April, 2011

Calon Menantu Terlepas Pandang

Sam sekarang manusia paling kool idaman wanita. Dulu dia merasa. Tomok dulu hidung bermasalah. Nyanyi keluar suara mambang. Dia pun sempat merasa. Beckham walaupun anak bersusun, suatu masa lalu pun sekali terikut, dan Nick Carter entah kenapa sibuk nak ikut juga. Trend kata dia. Dengan taklik buta, aku pun join the club.

belahtengah

Kami semua followers rambut belah tengah. Tapi apa bezanya kami, cuma aku seorang setia. Sampai sekarang kekal jadi mangsa fesyen. Damn. Tunjukkan aku jalan, my friends.

12 April, 2011

Pilihan Bernas

bernas

Pelajar semua dirampas pegawai yang membuat "lawatan muhibah". Tiada kerja ajar mengajarlah aku bila tiada student. Mereka pula sibuk bermain goreng pisang goreng pisang kononnya meningkatkan kerjasama tapi kenapa semakin ramai yang mengangkut beras percuma di atas highway (?).

[Pautan]

10 April, 2011

Buang Sampah

Melawak perlukan hubungan kimia. Antara para pelawak. Atau pelawak ke audien(s) sasaran. Menendang keluar Si Pon Pon pada aku membolehkan Si Kecik bernafas balik. Sekurang kurangnya bila berdua masih ada saki baki lawak ikhlas untuk digelak-tawakan.

kecikok

I'm sorry, Encik I'm Sorry. Minggu depan aku harap pakejkan kamu dan Idlan tersingkir. Baru kukuh bersebab aku terpaksa melanggan Warna.

Ok. Tammat.

09 April, 2011

Hobi Ahli Politik Semestinya Seks Luar Nikah. So What?

botoxbinasa

Buktikan anda bersyukur lahir di tanah bertuah ini. Tolaklah cadangan sebarang binaan yang mengumuhkan sisa radioaktif. Jangan cabul kata, "tsunami jauh, naik kapal laut lambat sampai." "Setakat goyang gerudi kami enjoy." Ingat kata pepatah, "kerana botox bibir binasa."

Ok. Tammat.

07 April, 2011

Para Isteri Ketakutan

telurlanun

Ingatkan Crocs tiruan habis berani punya jenayah. Pagi buta aku baca flashnews dalam saluran televisyen perdana yang banyak cerita objek tumpul ke lubang dubur daripada hal barang perlu naik mendadak, ada pula trend telur ayam cetak rompak. Untuk siasatan lanjut, aku pandang pandang jeling jeling yang di bawah. Mana tahu aktiviti egg-off tanpa sedar terjadi ke. Tekanan betul hidup zaman gelap ni.

03 April, 2011

Karipap Basi

Famili pakat benci ini duo. Dari start dulu pun anti double meaning walaupun maksud berganda makanan kami sejak puluhan tahun lamanya.

hantukaripap

Pada aku ok, asal tidak ditujukan tepat pada individu. Tak sama macam seorang pekerja lelaki menggunakan perkataan berbaur kote dan tetek pada kakitangan perempuan bukan muhrim. Gangguan seksual melanggar privasi, melainkan dizinkan.

Anyway aku suka lawak hantu karipap, dan karipap kentang kena gaya sepuluh butir selamba aku telan one shot.

Ok. Tammat.