13 Februari, 2011

Tulisan Cakar Khinzir (3)

ft

Setiap kita dilahirkan sebagai seorang Faizal Tahir; belajar jauh, tinggi akhirnya tua baru terkejar cita cita sendiri.

12 Februari, 2011

Otak Biru

francenike

Roti Perancis. 40 tahun. Tukar pasangan. Azam baru. Benzema gemuk. Ayam. Paris Hilton. Nos Differences Nous Unissent.

Ok. Tammat.

11 Februari, 2011

Double-Bagging Condoms

Otak aku berdenyut hebat. Walaupun kurang kencangnya masa saat pertama bertemu cinta Jess, tapi tetap tak dapat di-hendle baik. Sekali lagi aku membuat keputusan skip school meeting. Kesian.

Baru sejam, dua pelajar perempuan datang semula ke kelas. Ajak berbincang hal gangguan pelajar lelaki gatal zakar. Sebagai guru mithali, aku perahkan saki baki upaya pasang telinga, buka mulut beri pendapat.

Kurang menyampuk. Memang aku terbeban. Azab sangat. Kesakitan atas, tepi kepala menjadi jadi. Tapi akhirnya aku teruja mencelah setelah dia ungkapkan sesuatu yang sesuatu.

"Saya berjanji tidak akan berpacaran sementara masih belajar di sini, cikgu," cakap mereka se-desperate minah rempit dicekup polis.

"Ok. Berjaya cikgu belanja KFC."

Tiba tiba idea berkembang, pertaruhan simple berubah kompleks.

"Andai lain cerita, Domino's untuk cikgu, ok?"

teoridomino

Mereka saling berpandangan. Mungkin terpinga kenapalah Ayam Goreng Orang Tua Beruban, bukan dinner mewah Istana Kuda Kuda Emas?? Malas aku fikir. Mentaliti mereka materialistik. Aku pula cenderung pembentukan jiwa anak bangsa sejati menggunakan medium perjudian halal negara Islam, atau lebih play safe dipanggil reverse psychology. Tuih.

Plus, terjemahan tajuk di atas adalah serampang dua mata. Tuih. Tuih.

Ok. Tammat.

07 Februari, 2011

Kotak Bentuk Hati

kobain

Aku lebih rela dibenci kerana aku aku, daripada disayangi atas sesuatu yang bukan aku."

06 Februari, 2011

Meskipun Kau Bukan Raúl González Blanco

Hai, Safee Salai. Sengaja aku ubah. Provokasi. Emo. Sikit. Memandangkan dia beriya mahu tinggalkan Selangor, aku dedikasi sebarang dua pandangan bias darjah tinggi tentang penghijrahan ini ayam (tambatan).

terbang
Garuda kah?

Hadiah selamat datang dari seberang aku kira laser multi warna, dan hadiah selamat jalan pula adalah santau dahsyat bye bye karier ku. Gantung but.

Simpan duit ratus ribu. Jangan pasang Manohara. Sayangi bini anda. Jangan sertai Sehati Berdansa. Esok apa apa hal kau tak sesusah Shahdan Zahari. Aminn.

Ok. Sebarang dua tammat.

05 Februari, 2011

Jagalah Hati Ibu Bapa Mertua

Waaa. Ada ke TS stands for Times Square? Pening cari maksud. Walhal sebut nama penuh mudah lagi. Manusia suka menggedik ya.

Sementara berusaha siapkan laporan yang tergendala semalam, aku cuba fikirkan item wajib pesan kalau ke pantai timur. Selain dari kepok kepin' dan pesan jaga diri, kepala aku fikir jet ski, Proton Saga FL, dan banglo kaca tepi pantai. Betul. Tak main main. Jess, sila senyum :)

Tukang Ubat dan Adik pula balik dari TS. *Confirm gedik*

Sambung. Mereka ketuk kuat pintu bilik aku. Periksa daun pintu. Ternyata ada kesan koyakan akibat daya maha hebat dari objek tumpul (?????).

adikberadik

Cet. Rupa surprise belikan baju sama. Tiga helai. Depannya gambar penyengat (mungkin). Kami kelihatan comel pula aku ter-rasa. Benda percuma bertambah menggembirakan bila kita tak mampu nafikan kita sedang gembira menerimanya, kan.

Sekarang tinggal cuma laporan terbengkalai. Yang lain semua tersangat menyenangkan. Harap setiap hari begini.

Ok. Tammat.

04 Februari, 2011

Belikan Kanda Kepok Keping

Semangat betul. Habiskan jumaat dengan pelbagai perkara berfaedah. Pertama, bangun lambat. Kedua, bersarapan mee lidi, lauk tahi gigi. Seterusnya, basuh bilik air.

Solat di masjid terus pergi mengerat rambut serta bebulu lain yang dirasakan wajib ditebas. Ok. Setel. Sambung makan mee lidi. Sambar air kotak laici, dan akhirnya duduk depan pc. Iltizam tinggi untuk siapkan dua lagi laporan yang aku syak perlu dihantar Isnin nanti.

bosansangat

Cit. Potongan rambut baru agak gq berbanding aku yang skema tetapi kerek ni. Cakap aku sendiri sambil teringat M. Nasir zaman 90'an. Cek cek selak Goal.com. Cek cek Sokernet. Buka fail Word baru bertajuk "Senarai Keperluan Bla Bla Bla". Mmmmm. Baiklah. Diakui terlalu bosan tatkala Jess berjauhan. Tidur dulu.

Ok. Tammat.

01 Februari, 2011

Tulisan Cakar Khinzir (2)

Babi-babi dalam kandang babi terbukti secara kromosom ke-babi-nya, tapi apa macam tauke babi?? Apa ke babi panggil babi babi? Babi!!