"kap rasa kap normal ke x?"Ya, aku normal kalau ikut perkitaran biasa bintang di langit. Sama macam perempuan yang berpaksikan pergerakan bulan. Sama ada datang atau tidak saudaranya di bulan itu.
Normal bermaksud tiada apa yang luar biasa tentang aku.
Juga aku seorang straight (forward) dan tidak terikut trend terkini. Ini adalah kerana aku lebih selesa jadi diri aku yang sekarang. Miskin di luar, tak berapa miskin di dalam.
Tidak merokok dan kurang minat lepak di kafe mamak (kecuali mendapat undangan menonton bola). Sikap yang aku amalkan membuatkan duit pun banyak tersimpan. Tapi malang, belum cukup untuk meminang gadis idaman.
Paras rupa? Dari maklum balas bekas sahabat, iras iras Faizal Hussein. Tapi versi ketinggian sederhana. Damn.
Merupakan peminat tegar Real Madrid sejak 1997 walaupun dikelilingi para Setan Merah yang majoritinya cuma kenal Ronaldo dan Beckham.
Ya. Ya. Ya.
Terbabas dari topik asal. Hobi semulajadi. Ia terjadi bagaikan magis. Tak sengaja.
Seperkara sebelum tutup, kau orang boleh tanya atau tegur atau kongsi, tapi tolonglah jangan ber-Tanpa Nama (walaupun aku tak block). Rasa macam cakap dengan pintu jamban tau.
Ok. Tammat.
3 ulasan:
formspring pun aku takde.. sob2..
nyahahha
kau popular.
komen bersepah tak terlayan.
aku relaks banyak masa.
Catat Ulasan