08 Ogos, 2010

Kekejaman

Aku berkerja separuh hari tadi. Untuk persiapan majlis perpisahan. Separa rela. Sebelum pergi, aku spot-check tudung saji. Perut fuel warning blink merah suruh re-fill.

Ada sepinggan cekodok segera cecah sos Aminah Hassan. Ada nasi lemak bersama sambal bilis basah. Best. Kesukaan.

Belasah cekodok dulu. Nasi lemak aku bungkus makan di tempat kerja. Rushing akibat terlambat. Pelajar siap call. Khutbah cikgunya tentang kepentingan menepati masa. Waaa.

belon

Selepas menggantung beberapa biji belon dan meletupkan sebiji. Abdomen menghasilkan bunyi berdesibel rendah. Laju aku selamatkan diri tuju ke tupperware. Aku makan secara solo. Pelajar semua telan air liur.

Kenyang. Budak semua pakat keluar awal. Lapar tiba tiba. Bangga aku tersenyum. Aku makan masakkan Ma, mereka pula terpaksa telan "sampah" dewan makan.

Ok. Tammat.

3 ulasan:

Sofia Nin berkata...

Nak belon nak belon.

vidadarisakura berkata...

perpisahan ka befday parti.siap belon2 bagai.heee

Kap berkata...

:::sofia
nak duit nak duit.

:::vidadarisakura
perpisahan.
mahu pulang ke jepun.