09 November, 2009

Kau cun?? Mak aku lebih cun!

Sebentar tadi aku google pasal para lelaki ini. Namanya Aidil, Adha, Zaquan, entah apa entah. Budak sekolah berpakaian emo, Angah, rumput tepi longkang, batang penyapu, kotak mancis bersependapat kembar berdua ini jatuh dalam kelas lelaki kacak. Kesian mereka. Cetek ilmu hensem.

Salah seorang kenalan perempuan aku dulu pernah meluahkan rasa kesal pada sikap lelaki yang kata nya hanya pandang perempuan cantik. Terutama tang dada (??). Tapi dia terlepas pandang bahawasanya bila lepak bersama (sambil mengadjust mamak Restoran Selasih untuk dapatkan diskaun megi goreng), apa yang aku dengar dari mulut dia cuma pasal Takuya Kimura. Asyik banding aku dengan laki Jepun tu. Kata ada iras-iraslah (ajinamoto wa cakap lu).

Kekadang bila ingat balik, aku naik hot. Kata lelaki hot ;)

Masalahnya, bukan dia tak sedar. Sekolah pun tinggi (orangnya rendah). Mungkin akibat sifat kelongkangan. Atau sekadar nak kongsi pendapat bodoh.

Entahlah. Pada aku, kita mesti meluahkan sesuatu yang mencerminkan kita secara peribadi, prinsip or so whatever.

Contoh, kau benci orang korek hidung depan public. Kau pun tak buat. Jangan berdalih. Contoh bersambung, sebab kau gian nak juga, kau bantai korek lobang hidung sesiapa saja umat yang ada sebelah kau. Atas alasan, "aku tak korek hidung aku pun, kan?"

Moralnya, jangan mengumpat orang kacak kerana kekacakannya. Dekat perempuan bajet cun melecun dey tak apa. Senang cerita usah mengutuk. Kan aku dah kutuk balik!

Ok. Tammat.

5 ulasan:

Cik Cookie berkata...

u rs i mcmn?
hot?
hehehhe :p

kEy berkata...

ekekkek~
kembar tuh memang keajaiban dunia paling best!
syok je tgk kembar yang same sume gerak geri di0rg!
r0ck!

vidadarisakura berkata...

haha.boleh plak ko gugel lelaki2 hot.

chentaMAYA berkata...

kembar la besh!
ahaha~
;P

Kap berkata...

>>>>>>Cik Cookie
hot..
cookie baru keluar oven ;)

>>>>>>kEy
baik tengok Gerak Khas!

>>>>>>vidadarisakura
lelaki hot sentiasa ambil berat hal ehwal pesaing :)

>>>>>>♥chentaMAYA™
satu-satunya kembar yang best cuma lubang hidung..
lebih lagi time korek ;)