25 Ogos, 2009

Lambat lagi azan Maghrib

Sedar tak sedar kini Syawal tiba. Dodol dan ketupat sedia dijamah. Saudara mara, sahabat handai berkumpul merai kemenangan besar umat Islam. Sepanjang Ramadan, kita menghadapi cabaran ayam golek Seksyen Tiga, jeli kelapa Yusman, serta Murtabak Wan, yang ternyata menguji kesabaran insan bercinta. Eh! Berpuasa!

Slot berangan ini di taja oleh Rojak Mak Zah dan Syarikat Van Sekolah Pakcik Abbas. Terkenal sejak tahun 1989.

Jam sebenar menunjukkan 4 Ramadan 1430 Hijrah. Harap maklum.

4 ulasan:

QeMa berkata...

hehe~
bkn jam sebenar la incik kaput
tp kalendar sebenar..

daya imaginasi kam0o sgt tinggi~

Cik Cookie berkata...

sabar ekkkk...

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil berkata...

sabo ek.

sindrom raya ke?

Kap berkata...

>>>>>>QeMa
jam aku ada kalender hijrah lah ;)

>>>>>>cookie devine
lelaki kuat makan mana boleh sabar..

>>>>>>handhalah ibnu kamil
aku tak suka raya..