Berdiri di balkoni. Romantik. Pipi aku lalu bayu separuh keras. Terasa rindu pula. Ternyata aku lelaki separuh sedar. Berkhayal di saat berjauhan.
Kelihatan anak sekolahan asyik bermain aksi monyet. Belajar penat-penat semata nak jadi beruk. Janji kerja halal, kan? Tak jauh dari situ ada banyak pohon buluh. Yang runcing, betong semua ada. Baik tukar nama sekolah ini Sekolah Agama Segala Buluh.
Nampak rintik hujan mula jatuh. Sejuknya. Macam Cameron Highlands. Lama tak sampai sana. Nostalgia jagung gergasi, sesi fotografi di ladang teh bersama Jess. Paling gila ada ke patut tunjuk arah kubur, sedangkan kami nak ke kebun. Sah! Nepalese menguasai tanah kita. Kebun! Kubur! Arghhhh!!
Belah kanan sedikit boleh nampak dekat lima belas (15) pekerja Tenaga Nasional bertungkus-lumus borak kosong sambil membelasah kuih serta sirap. Baki lagi empat (4) makan gaji celik. Rezeki halal dan tak curi tulang. Berkat! Selamat!
Terima kasih juga pada mereka. Sejam aku rehat tambahan. Elektrik kong! Kerja pun kong! Lain kali bagi notis sebelum operasi. Boleh aku fikir aktiviti gantian. Bosan! Minum sirap bawah pondok gua tak minat!
Hujan makin lebat. Mungkin mengiringi perginya penyanyi nasyid pujaan Misi Rajin, Ustaz Asri. Rabbani perlu terus jalan. Aku nak dia terus gembira. Tadi dia sedih bila aku nyanyikan lirik yang menjadi pilihan tajuk untuk hari ini. Al-Fatihah.
5 ulasan:
al fatihah.
tiba-tiba teringat beliau menyanyi live kat uni last semester,.lagu MANA MILIK KITA,terusik gila hati.
Tuhan ambil kesayangan kita lagi,moga beliau menjadi kesayangNYA.Amin.
segala yang hidup pasti akan mati kan kap. kita ni buat2 la jaga amalan.huhu
p/s: ko duk skodeng dorang ko pat gaji ke kap..hihi..
nk aktitivi gantian? mai tolong siapkan keje yg tertungguk ni...mari mari!
>>>>>>penjenayah merah jambu
Amiinnn..
>>>>>>nurain
dapat..
setakat nak beli ayam golek lepas..
>>>>>>Hazzy Ishak
tertungguk ek?? ;-)
sgt sedih pg smlm bila dgr dlm radio. hmm.. Al-Fatihah
Catat Ulasan