28 Julai, 2010

I Hate Pasar Malam When I Really Want to Dining at Samuri

prntu

Aku suka Si Gemuk. Dia boleh buat aku rasa kurus. Sebab aku agak berisi. Sebab dia agak agak agak gemuk. Jadi, siapa kata orang XL tak ada peranan ;)

Semalam dia datang melawat. Tempat lepak kami Haji Samuri kebiasaannya berubah ke restoran lain. Tapi masih kuat perasaan bujang.

Gelak gelak. Stori mori. Pakat tukar kerajaan. Cutting Fauziah Gous. Tunggu Maya Karin masuk meminang. Banyak topik. Cool wa cakap sama lu.

Kami tak heret sama awek dan elak tengok game bola bila jumpa. Itu pun kool.

Paling best, kami tak perlukan hembusan asap ikut hidung, ikut mulut untuk jadi lelaki penuh keyakinan di tempat awam. And that's cool-er.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"to dine" bukan "to dining".
selepas penggunaan "to", wajib letak root word.

Kap berkata...

aloha or salam.

betul.
tapi fikir sikit ya.
ada AT di hujung root word yang awak katakan tu.
jadi kata akar tidak boleh berada di situ, ok.

by the way,
kalau nak tegur sila letakkan link at least.
baru boleh bertukar pendapat.

anyway,
terima kasih banyak banyak.

peace.