31 Mei, 2010

Damn. Aku benci perasaan ini. Kadang kadang. Damn. Jangan nangis. Jangan nangis.

Menjadi orang pertama memegang remote Astro sempena pertandingan Imam Muda sememangnya fenomena pelik. "Mungkin sampai seru," kata aku perlahan sebab takut malu.

Entah apa punca aku sendiri kurang faham dan masih mencari sebabnya. Hasilnya, bermula saja rancangan tiba-tiba hati ini jadi faham. Dan sangat faham.

Dalam episod pertama bercerita hal bersangkut hari mati yang jarang kita muda mudi nak ambil port. Kerana di akhir topik ini bakal mengheret kita ke arah dilema rasa bersalah. Mula lah terbayang muka mak ayah di kampung, dan mula lah menghitung dosa silam. Suatu beban fikiran yang tak seronok dipikul oleh seronok-sementara-masih-muda-minded person. Atau lebih adil aku cakap aku pun rasa yang sama.

Tapi fokus aku mula terganggu. Melihat salah seorang peserta menjadi model (sebagai jenazah) buat aku terkenang suatu peristiwa yang dah lama hilang (bertahun) bersama kawan kawan yang sama menghilang.

Seorang kawan yang gila. Gila gila. Seorang yang cergas dan cargas (lebih cergas dari unta jantan). Bawa kereta laju. Tayar tak cecah jalan.

Huh! Setiap kali dapat berita buruk pasal dia tidak lain tidak bukan kemalangan. Walaupun berpuluh kali kena, sampai penyek, terbelah, terbakar tapi dalam sejarah hidup dia belum pernah merasa cedera parah.

Takdir tuhan mana dapat tahan. Akhirnya, dia pergi jua akibat nyamuk. Denggi. Kami sama sama kawan matrik lain terkilan kerana langsung tak sedar arwah ada beri isyarat sebulan sebelumnya.

Satu program di mana kami belajar tentang ilmu kifayah. Ilmu urus jenazah. Ingat lagi betapa arwah beria ia sukarela offer jadi model untuk dikafankan.

Damn!

Aku tahu aku juga terlepas peluang berjumpa arwah di hospital. Paling hebat jaraknya cuma 10km dari rumah aku. Aku sangat menyesal. Sungguh!

Damn!

Aku teringat pula masa kau & Bobby main lagu Sahabat Sejati di Majlis Pra-Graduasi. Pandai kau pilih lagu.

Damn!

Betapa ramai orang sayangkan kau. Datang ziarah. Kawasan rumah kau besar nampak kecil. Sesak betul. Cikgu kau yang zaman tadika pun ada. Para awek yang cair dengan pakej lelaki serba lengkap kau. Semua kawan yang kagum dengan driving skill serupa pelesit kau. Makcik pakcik siapa entah aku tak kenal puji sikap rajin kau. Senang cerita semua orang senang kenal kau. Engkau idola, beb!

Ya, Tuhanku. Selamatkan kawan aku di sana.

Maafkan aku ya, Nas. Janji aku simpan kenangan pemilihan hoki peringkat daerah bawah 12 tahun kita rapat rapat. Sumpah aku ingat kau sampai mati.

Damn!

Rindu kau. Al-Fatihah.

1 ulasan:

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak berkata...

deep sekali.

al fatihah.