Semalam lepak setengah hari bersama Si Gemuk. Kami bersenam jalan kaki. Kalori terbakar berkati-kati memandangkan kompleks beli-belah sebesar stadium. Hujan Khamis pagi adalah petanda baik. Peluang keluar serta menonton wayang cerah. Dua tiket filem robot dihulur pekerja poyo berbahasa Inggeris. Sepatah haram tak faham. Mr. Bean pun jelas sebutan. Umpama bercakap sama semut api. Entah semut api pun minta ulang. Come on, bro! Baru pukul sepuluh pagi mengantuk sudah?
Rancak perbualan di kedai mamak. Dia risau. Kerja mula berurusan benda haram. Berikhtiar lari diri. Namun pilihan mana? Juga tanpa opsyen dari aku. Doa! Doa! Allah kan boleh tolong. Amiinnn.
Bertemu Adrian, mamat Cina berhasil. Dapat akhirnya kamera ditempah. Masih mencari lokasi dan tika sesuai bereksperimentasi. Kebimbangan wabak selsema menghadkan rancangan. Cepat pulih. Susah ke sana ke mari. Tidak produktif.
Mahu cakap pasal bola. Satu lagi penyerang prolifik kini bersama Real Madrid, Karim Benzema. Google sendiri jika mahu lanjut. Sekuntum lagi senyuman di sini.
Ramai pembaca merungut. Mereka sudi baca entri tetapi rasa malas. Hampir semua ada BACA LAGI. Harap bersabar. Jenis diri suka nampak kemas. Serabut pening. Tips mudah, klik skrol tetikus pada BACA LAGI. Akan dibuka pada TAB baru. Tak perlu back-forward berulang-kali. Semoga bantu, galak kamu baca lagi dan lagi.
Bagaimana ditamatkan entri ini? Lambai pada kamu sambil kata, "terima kasih, wahai Sang Kaputan sekalian."
2 ulasan:
besenam bagos utk kesihatan oh!
senam mana??
jalan kaki?? atau...
...klik tetikus kerap kali??
huhuh..
Catat Ulasan