05 Jun, 2009

Aku menaip. Hati berkata.

Satu ringgit lima puluh sen:
Di depan aku sekarang ada majalah. Majalah cap J. Isi kandung hiburan muzik rantau Asia Tenggara. Bahasa Inggeris seratus peratus. Buatan Malaya.

Keluaran bulan enam dibeli malam kelmarin. Kedai buku berhampiran gerai kerepek adalah penyelamat. Satu-satunya yang menjual majalah itu di sini. Sejak tahun lepas, aku terpaksa bayar bersama parkir seringgit setengah sebulan. Jadi, tambah harga naskhah tersebut aku terpaksa belanjakan lapan ringgit tiga puluh sen paling busuk. Kini wang lebih boleh diguna untuk makan nasi lemak hospital tempat Misi Rajin pemeriksaan kesihatan rutin.

Kulit muka depan tiga orang gadis penyanyi. Yang berjaket kuning pisang menjelir lidah. Malah seorang juruhebah radio. Kedua, berambut kembang berbaju harimau bintang. Ketiga, aku suka. Jaket kulit merah bersama tudung tompok. Rantai di leher digigitnya. Seperti singa betina. Cuma beza dia sangat cantik. Jadi???

Formula mudah:
Perempuan tetap perempuan seperti mana lelaki. Tiada ditengah antara mereka. Sesama kita dicipta melengkapi segala. Saling melengkapi! Api nyala jirusan air. Jatuh tersadung beralas empuk. Pendek cerita, yang kurang ditampung lebih. Yang kuat kendong sang tempang.

Walaupun ada hukum hisab: positif tambah negatif sama dengan negatif ((+) + (-) = (-)). Hakikat matematik juga menerangkan jawapan akan jadi positif jika positif itu lebih besar dari negatif. Faham ke, kawan-kawan?

Pandang | Rasa | Mahu:
Kemungkinan wanita cun di mata lelaki adalah samar. Jelas dalam kabur. Biasa orang guna "subjektif". Mata memandang seribu gaya. Menghadam pandangan pula lagi seribu cara. Ini buat ramai keliru tapi bukan aku!

Lelaki punya citarasa pelbagai. Kadang tak punya arah. Ada kawan memilih fizikal menjilat jari. Bila si dia beraksi jxlxng, baru mula cari hati. Apa kamu mahu benar-benar? Sukar memilih? Opsyen melimpah ruah? Tak sangka anda tersesat dalam terang. Lelaki sebegini kena berubah lekas.

Perempuan tahu apa kami suka. Kami mahu kamu yang inginkan kami. Bila lelaki kehendakkan kewanitaan mu, dia insan mulia. Jangan samakan nafsu seksualiti tanpa batas. Sudut perbincangan bukan luar nikah!

Penghujung sebuah cerita:
Selalu kita dengar. Kisah skandal rakan pejabat, kawan rampas kekasih, dan lain lain perkara. Seronok menongkah arah. Mengelak hakiki. Berterusan begini bisa pincang fundamental kita. Bukankah kita pernah berjanji pada-Nya. Berusaha menjadi bumi anbia tempat terbaik. Kenapa harus mungkir?

Karma mengatakan, hidup pusingan roda. Ke atas dan di bawah ketika masa beredar. Waktu baru, goleknya lembut. Lalu keras. Makin keras bila hampir hujung hayat. Saat itu bila tiba, ia pecah dan tidak menjadi bulat. Namun, sedarkah kita lama mana usia roda tekanan angin main peranan. Jika terjaga, bunga lambat pudar dan putarnya ligat. Dapatkah anda lihat persamaannya dengan hidup kita?

Manusia juga berubah. Kita patut berubah. Hitam ke putih. Jangan biar sang ranger hutan berjalan tanpa lampu suluh. Kelak menyimpang jalan ke lain arah. Sama-sama kita lelaki dan wanita. Berpimpin tangan. Bersikap jujur. Sayangi pasangan anda. Kasihi anak kecil anda. Mereka layak bahagia jika kamu tidak mahu!

Tammat.

14 ulasan:

Unknown berkata...

hye kaputtttttttttt..
puttet..hehehehe
meh komen aku plak..

Tanpa Nama berkata...

"Walaupun ada hukum hisab: positif tambah negatif sama dengan negatif ((+) + (-) = (-)). Hakikat matematik juga menerangkan jawapan akan jadi positif jika positif itu lebih besar dari negatif. Faham ke, kawan-kawan?"

xphm..xphm..
*smbil geleng kepale laju2*

chentaMAYA berkata...

aq setuju yang Pandang | Rasa | Mahu
he~
lelaki memandang rupa paras!
hish!~
bet0i ak?

aRe_uDear berkata...

salam.. dah singgah2 cni yer en kaputtt cinooo kekekee...

Tanpa Nama berkata...

Satu ringgit lima puluh sen:
jadi berapakah harga nasi lemak itu?

Formula mudah:
saya percaya positif dan negatif itu ada kuasanya. kalau tidak, masakan negatif dengan negatif mampu menghasilkan positif. bukankah?

Pandang | Rasa | Mahu:
sebenarnya saya masih keliru. kemahuan dan keperluan. adakah ianya sama penting?

Penghujung sebuah cerita:
tetap wujud orang tanpa fundamental kukuh, tapi khatam bab advance. jadi tak mustahil stadium roboh. ^_^

p.s: encik, tidak mengapakah respon saya yang keterlaluan ini?

~nEeYsA~ berkata...

ranger utn de lmpu suluh ekk?
hehe..
papepun,
btol la pe yg kaput ckp tu..
syngi psgn anda!
hehe..

Nana berkata...

terima sahaja pasangan kita baik dan buruknya.

itu lebih baik dari terlalu memilih dan akhirnya diri sendiri dan orang lain merana.

sedar diri bahawa kita semua memang x perfect.

dan disebabkan kita x perfect itulah yang menjadikan kita unik!

p/s: huhu..komenku macam terlalu menyimpang...

[ Have you met zuLL? ] berkata...

benci btol

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak berkata...

wow..bm ko indah,baca tak boleh toleh sane sini,kalau tak hilang makna..
gila,kagum aku dengan setiap kata2 ko,..

Kap berkata...

tiba2 terasa mahu belanja kamu sate kajang pula..
syg duit xcukup ;-)

Tanpa Nama berkata...

sila belanja saya juga!

kita share, tapi saya bayar untuk minuman saja. err, satu gelas cukup untuk kamu. tabuley lebih! xD

Kap berkata...

j0jet:
aiyak!!

[Q.e.M.a]:
1+2*18/5.7=???

♥chentaMAYA™:
lelaki bergerak lalu masa..
mula fizikal..
kemudian imbang fizikal jiwa..
pengakhiran..ketenangan tahap raya..

noktah, wanita juga teratas dlm hidup kami :-)

aRe_uDear:
skali singgah lima puluh ringgit ;-)

CaPiQa:
singgit seteng

terima kasih, cikgu! ;-)

mahu= tiada paksa+nafsu
perlu= terpaksa+sgt sedikit nafsu

tenang..
lepas ini semua stadium fobia bumbung ;-)

hantam sudahlah, labu :-)

~nEeYsA~:
mawar ungu pasangannya apa ya?? ;-)

MISZ NaNa:
jgn cri sempurna..
sempurna sudah sempurna..
tak perlu lgi berteman :-)

zuLL:
anda ok ka??

penjenayah merah jambu.:
..
sila byk baca..
lebih terancang jenayah kamu ;-)

CaPiQa:
kamu ada kad kredit??
di sini harga air suam lima ribu segelas..
mampu?? ;-)

Tanpa Nama berkata...

kad kredit tiada. kredit hp juga tiada.

oh, adakah lima ribu dalam matawang rupiah? kamu order 5 gelas la jika begitu.

Kap berkata...

lima ribu mata wang Al-Kaput..
sama dgn 5 juta pound sterling..

baiklah,
sy order lima ya ;-)