Beri peluang akan soalan bodoh. Ia melahirkan para genius. Usah memandang jengkel kepentingan kebodohan. Sebab munasabah kewujudan dan fungsinya atas dunia semua kerja tuhan. Tapi mereka yang berfikir senang untuk memahaminya.
Tanpa faktor bangang, kebijaksanaan kelihatan sangat biasa-biasa. Raikan kehebatan akal penuh kebanggaan. Berkongsi dan lahirkan kasih-sayang. Jangan bergantung harapan tunggal kepada hubungan kelamin sahaja. Tapi ingat, pasti lebih indah saat bersama andai para pemainnya pandai bermain!
Tammat.