30 April, 2011

Foursome: From The Brighter Side


Lelaki bermuka horny datang daripada belakang tanpa niat meliwat. But still, I do think Malaysia had produced good "backstabber(s)", as its (read: Malay(s)) best.

29 April, 2011

Misteri Kehilangan Omega

Semenjak sakit kepala konsisten menyerang, aku memastikan otak mendapat santapan rohani berbentuk humor. Bukan video homo yang mengundang muntah hijau kekuningan, dan bukan video seks (bersiri) anu saiz botol air mineral 500ml.

Bagi menyempurnakan objektif ditetapkan, aku melanggan blog politik yang haluan kanan mahu pun kiri. Apa yang para penulis sampaikan, aku serap sampai nef dalam dasar. Sehingga menggeletek usus besar. Berak pun lawas. Mana Saiful? (?).

Penaklik buta Datuk T for Twilight (baca: Senja), mendapat "wahyu" dari langit menyebarkan video biru, yang jelas undang undang dunia mengatakan bapa budak atas 18 tahun pun haram menonton. Tahniah, inilah pemimpin yang kita cari. Membawa ke arah cahaya neraka.

Belah En. Anu pertahankan diri bersama alibi, hukum sumpah lakanat, dan sifat defensif berpanjangan entah apa entah lagi.

Tapi sebenarnya kamu kamu ini masih tidak faham kehendak kami.

Kami mahu tukar kepimpinan korupsi. Tukar ketua main gasak serah tugasan negara pada bini. Tukar menteri yang bersembang kencang tentang kecergasan tapi bila memandang ke bawah sambil berdiri tegak tak nampak ibu jari kaki sendiri, dan lain lain perbuatan bangsat yang jelas di mata dekat di hati yang terluka. I bet you, it hurts so much!

chinadolls

Cuba fikir guna otak, jangan guna bulu ari-ari; kalau demand nafsu kangkang kami para marhean mudah dipenuhi supplier di sekitar ibu kota, inikan pula king kong obese serupa kamu. Macam aku pernah cakap, "hobi ahli politik semestinya seks luar nikah. So what?"

So what? Tukar tetap tukar. Perdana Menteri sesiapa ok. Keutamaan pada yang beraset saiz kurang daripada botol air mineral 500ml. Kesederhanaan perisai pembaziran.

500ml?? Damn! Besar, doh!

28 April, 2011

Face It, My Fellow Madridistas

Kalah menang adat permainan. Bak kata Jamal Abdillah, "sesungguhnya referee penentu segala." Mr. Dramatic Reaction atau nama syaitannya Dani Alves membuktikan skil lakonan penentu kedua keputusan bola sepak moden. Politik atas padang. Shit!

27 April, 2011

Idea Cakap Sopan Di Hadapan Tua Kutuk

Berada di Leeds dan menjemur tuala basah bercap You'll Never Walk Alone di luar mengundang batu kelikir melayang ke tingkap rumah. Itu pengalaman sahabat aku. Yang bukan sahaja berereksi bila mana ternampak poster Steve McManaman, malahan berusaha keras set-kan rambut gulung gulung seperti idolanya supaya ramai terkeliru.

Berbalik pada tajuk, cadangan aku diimport mamat tua ini ke dalam skuad Harimau Malaya, sama macam negara Arab beli kerakyatan. Dari buat menara yang confirm bersusah payah pakai lif, akhirnya obese (?). Baik berhabis cara ini. Kurang kurangnya ada benda yang nak diterlonjak, dan dikinjakan. Mengikut kira kira MLM, idea ini menyumbang 50 peratus peluang untuk merangkul Piala Dunia. Lihat sumbangan beliau di Glory Hole Man. United. Superb!

beruk

Selebihnya, diserahkan pada Sultan Bola (lihat kanan kiri). Sama ada terus me-mambang atas kerusi Presiden sambil menghisap curut, atau pun hidup bahagia tanpa asap bersama cucu tercinta sekaligus merangkul gelaran atuk mathali peringkat negeri Pahang seratus tahun berturut-turut.

Ok. Tammat.

26 April, 2011

Ini Kotaraya Yang Sering Berkata Kalau Berani Ayuh Mari Cuba Saya

Dahulu masa bujang, bertubuh kecil, dan suka teguk milo secara tersembunyi, aku aktifkan diri meminjam komik hasil lukisan tempatan daripada seorang arwah kawan. Semata mata trend. Supaya aku berupaya follow fenomena Ujang.

Cerita 'Aku Budak Minang', antara yang aku cuba fahamkan walhal sedar takdir diri lahir di kota metropolitan. Istimewanya zaman itu semua sayang kampung halaman dan gembira kongsi pasal hal kekampungan.

hatekl

Sekarang aku masih bujang. Cuma saiz berbeza, berbulu lebat serta bertahun lama akil balikh. Ujang pula berisi, beruban dan tidak bujang lagi. Zaman bergerak sama, dan kali ini, cuba beritahu berapa ramai yang sanggup beritahu dunia, "aku kekal berambut hitam, and i hate Kuala Lumpur." tanpa menutup muka?

24 April, 2011

Thank God. Puting Lelaki Halal Untuk Wanita Bukan Muhrim Tonton.

Pergi menunaikan haji perbuatan tuntutan syarak. Manakala, bersikap kepuraan pula antonimnya. Wajib dielak mukmin. Ertinya, jika sekadar bertujuan memberitahu aktiviti camwhore depan Kaabah, aku rasa objektif ke Tanah Haram terpesong macam haram jadah.

Kepuraan biasa dijumpai dalam teknik menjawab wawancara seseorang selebriti. Bukan soalan peperiksaan yang siap format jawapan. Ini soalan subjektif, yang suka hati untuk dijawab. Contoh ditanya tempat yang paling ingin dikunjungi. Mekah. Impian hidup? Sort of itu juga. Skema.

Rekomendasi: buang seksyen hiburan yang tebal keluar daripada you all punya surat khabar. Tekaan aku gerenti harga kekal sebab perkara murahan mana harganya?? In fact, internet jauh berinformatif, dan percuma.

paperlama

Tapi kalaulah buat perubahan waima sedikit, pastikan letak gambar tetek penuh kejujuran banyak banyak, dan kurangkan teks hipokrit merapu. Ingat, mata pena lebih tajam daripada hujung pedang. Buah dada tidak. Kecuali bersilikon. Keras.

Ok. Tammat.

23 April, 2011

Juri Pun Manusia. Kadang Kadang Bangang.

Lawak Amir seperti yang diduga membuatkan pedang pedang buatan New Castle dan hok luar tak tentu arah. Kebolehan dia melukis karektor juri atas kertas mahjong pula mencalar prestij hasil kerja ahli karikatur sekitar Pasar Seni.

haktuih

Lebih memeranjatkan, stail pemakaian beliau berjaya menyerlahkan kesempurnaan seorang lelaki bengkok, dan sekaligus menutup permasalahan kekurangan inci. Aksi sepak terajang penuh berahi di pertengahan persembahan wo! persis teater broadway berkelas internasional. Sesungguhnya, Amir lebih legend daripada Ultraman.

21 April, 2011

Bangsa Ego

duacerita

Seronok betul melayan keletah pemain Barca emo. Kalah macam macam.

Pautan: [1][2][3][4]

20 April, 2011

Banyak Mayo Punya Budak

Loji tahi sebelah blok kelas khas tempat aku, rakan samseng juga pengawas tali barut menebeng waktu rehat. Banyak nostalgia suka duka. Laga lelabah, menculik nasi Bantuan Pelajar Termiskin (betul ke namanya?), jatuh dalam gaung, test back kick, serta mengumpat budak perempuan yang syok dekat kami.

Belajar di sekolah di mana ramai datang dari keluarga baik baik (?), kami sedar kelebihan kami hanya paras rupa. Kalau tentang duit, manalah kami mampu beli Thunderhawk macam anak para doktor falsafah. Beli sticker Street Fighter pun ikat perut.

nasilemakradioaktif

Semalam aku terkeliru atas dakwaan pelajar sekolah rendah obese. Makan nasi lemak, sleepy dalam kelas?? Wei! Generasi PlayStation tak main Galah Panjang ke sebelum loceng diperdengarkan?? Wartawan pun kelakar. Cerita Hantu Gebeng makan sisa radioaktif aku fikir lagi komersial.

Ok. Tammat.

18 April, 2011

Rahsia Rita Rudaini

Mengawal pundi kencing di saat mendesak merupakan skill maha penting bagi seseorang kuli. Terutama overtime paksaan. Aku tahu susah. Kena yang tak berbayar. Rasa nak pancut saja ke lubang hidung majikan. Biar dia rasa hangatnya asmara (?).

Bagi yang beraksi di tengah padang, organ perkumuhan itu ternyata lebih sensitif dan rasa geli geli terbit tatkala menjelang extra time. Oleh itu kebolehan beraksi di luar ranjang halal, rawatan ejakulasi pra matang, membolehkan klimaks dicapai dengan tenang. Gopoh gapah hanya menunjukkan ke-tidakakilbalikh-an. Pendek kata suci murni.

bangarsenalbang

Kerana fakta perenggan kedua, aku bersikap kool. Walhal Eboue membayar dam penalti, Adik pula sedekah deretan makian, serta aku supportive kekah dua pasang cuping telinga. Confirm Anugerah Abang Mithali dalam genggaman (?).

Arsenal Oh! Arsenal. Belum jawi rupanya.

[Pautan]

16 April, 2011

Bacaan Talkin

Entah kenapa aku rasa semacam ramai sedang mengalami masalah hati (baca: cinta) di alam siber. Kebanyakan bercerita tentang kerenggangan, skandal luar, serta kebencian mereka pada pasangan masing masing. Maaf aku kata, seperti di dalam neraka. Tapi aku doakan kamu syurga. Jangan sedih sangat ya.

Sepanjang seminggu juga, sakit kepala tak benarkan aku berehat. Walaupun berutus pesanan ringkas bersama Jess tetapi susahlah berjauhan. Mata bulat dan beralis lentik tu sukar dibayangkan tika denyut menjadi-jadi. Semangat romantis bagai kehilangan klimaks. Lalu seksa berterusan sampai sekarang. Damn.

donkey

Malamnya, aku turun ke tingkat bawah. Konon usaha terakhir sebelum aku telan ubat hospital. Ok. Ternyata percaturan salah. Akademi Fantasi, kau pergilah mati.

15 April, 2011

Yang...

Hujan yang lebat. Kipas yang ligat. Kepala yang sarat. Badan yang penat. Katil yang terbentang hebat. Huh. Selamat malam.

14 April, 2011

Calon Menantu Terlepas Pandang

Sam sekarang manusia paling kool idaman wanita. Dulu dia merasa. Tomok dulu hidung bermasalah. Nyanyi keluar suara mambang. Dia pun sempat merasa. Beckham walaupun anak bersusun, suatu masa lalu pun sekali terikut, dan Nick Carter entah kenapa sibuk nak ikut juga. Trend kata dia. Dengan taklik buta, aku pun join the club.

belahtengah

Kami semua followers rambut belah tengah. Tapi apa bezanya kami, cuma aku seorang setia. Sampai sekarang kekal jadi mangsa fesyen. Damn. Tunjukkan aku jalan, my friends.

12 April, 2011

Pilihan Bernas

bernas

Pelajar semua dirampas pegawai yang membuat "lawatan muhibah". Tiada kerja ajar mengajarlah aku bila tiada student. Mereka pula sibuk bermain goreng pisang goreng pisang kononnya meningkatkan kerjasama tapi kenapa semakin ramai yang mengangkut beras percuma di atas highway (?).

[Pautan]

10 April, 2011

Buang Sampah

Melawak perlukan hubungan kimia. Antara para pelawak. Atau pelawak ke audien(s) sasaran. Menendang keluar Si Pon Pon pada aku membolehkan Si Kecik bernafas balik. Sekurang kurangnya bila berdua masih ada saki baki lawak ikhlas untuk digelak-tawakan.

kecikok

I'm sorry, Encik I'm Sorry. Minggu depan aku harap pakejkan kamu dan Idlan tersingkir. Baru kukuh bersebab aku terpaksa melanggan Warna.

Ok. Tammat.

09 April, 2011

Hobi Ahli Politik Semestinya Seks Luar Nikah. So What?

botoxbinasa

Buktikan anda bersyukur lahir di tanah bertuah ini. Tolaklah cadangan sebarang binaan yang mengumuhkan sisa radioaktif. Jangan cabul kata, "tsunami jauh, naik kapal laut lambat sampai." "Setakat goyang gerudi kami enjoy." Ingat kata pepatah, "kerana botox bibir binasa."

Ok. Tammat.

07 April, 2011

Para Isteri Ketakutan

telurlanun

Ingatkan Crocs tiruan habis berani punya jenayah. Pagi buta aku baca flashnews dalam saluran televisyen perdana yang banyak cerita objek tumpul ke lubang dubur daripada hal barang perlu naik mendadak, ada pula trend telur ayam cetak rompak. Untuk siasatan lanjut, aku pandang pandang jeling jeling yang di bawah. Mana tahu aktiviti egg-off tanpa sedar terjadi ke. Tekanan betul hidup zaman gelap ni.

03 April, 2011

Karipap Basi

Famili pakat benci ini duo. Dari start dulu pun anti double meaning walaupun maksud berganda makanan kami sejak puluhan tahun lamanya.

hantukaripap

Pada aku ok, asal tidak ditujukan tepat pada individu. Tak sama macam seorang pekerja lelaki menggunakan perkataan berbaur kote dan tetek pada kakitangan perempuan bukan muhrim. Gangguan seksual melanggar privasi, melainkan dizinkan.

Anyway aku suka lawak hantu karipap, dan karipap kentang kena gaya sepuluh butir selamba aku telan one shot.

Ok. Tammat.