08 Ogos, 2011

Patah Hati Ku Membawa Derita

Kalau diikutkan mood, sekarang juga aku lalakkan Patah Hati. Ia ditujukan khas kepada aku yang remuk teruk perasaan melihat budak kelas paling kecil terbaring atas katil.

Betul di hospital, masih mampu dia mengekalkan takhta calon berpotensi Raja Lawak, bersarkastik dan menganjing ringan cikgu kacak (?) tapi aku percaya dia kerisauan. Sembilan kali pengalaman kepatahan akibat kereputan tulang belum janjikan bekalan hati tabah. Namun, hipokrasi kamu aku salut!

Berbalik kepada Patah Hati, diketahui nyanyian aku bakal mengundang kerosakan muka bumi tanah runtuh dan sebagainya, tapi bagaimana harus aku membuang rasa kecewa kehilangan seorang pelajar lagi selepas Afis?

Bukan setakat hati, sayap aku pun patah seribu. Lutut, siku habis luka calar balar.

Sedih, who's next nak tinggalkan cikgu?

posted from Bloggeroid

6 ulasan:

  1. patah hati biasa biasa bagi insan biasa bro

    BalasPadam
  2. untunglah. aku nie #foreveralone lagi sedeh

    BalasPadam
  3. selamat berpusa..jgn terlalu patah hati..merana diri nanti..

    BalasPadam
  4. aku doakan pelajar kau cepat sembuh.

    BalasPadam
  5. -->Cikli
    Kenalah biasakan diri.

    -->Zulfahmi Abidin
    Muka kacak jual mahal kah?

    -->i'm ezza haniza
    Oh, cobaan!

    -->ciK LyndaWawa igUana
    Selamat pengantin baru. Eh!

    -->afrohead
    Dia sembuh tapi mungkin bermasalah pergerakan.
    Apa hal pun terima kasih.

    BalasPadam

Kemaluan tinggi tanda kemandulan fikiran.