30 Jun, 2009

Separuh masa pertama dua ribu sembilan

Bertukar pemimpin. Isu satu padu rakyat merata. Kempen perpaduan sana sini terlalu jelas cenderung kepolitikan. Boleh jumpa slogan parti. Langsung tiada jiwa Malaysia. Sekadar medium propaganda kepentingan sebilangan umat.

Beralih kita ke lagu patriotik malar segar. Keluarkan kita daripada kekangan ini, kawan-kawan. Bebaslah kita menjadi berjuta. Jutaan yang merdeka! Amiinnn.

Pejamkan mata dan alunkan bersama.

Malaysia oh tanah airku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta
Yang kupuja sepanjang masa...

29 Jun, 2009

Dua hari

Sabtu:
Tunggu dalam kereta 2 jam.
Panas nak mati.
Mana penjual kamera?
Kuey tiow goreng sedap, bro!
Jumpa banyak MJ a.k.a abang India jaga parkir.
Akhirnya, EP TWKUA dalam gengaman.

Ahad:
Makan nasi ayam dua.
Beli selipar jepun.
Sakit urat betis belah kanan...dan kiri.
Naik pengangkutan awam (lebih mesra).
Banyak dvd MIKAEEL dicetak-rompakkan.
Jess pakai tudung putih.
Si dia lompat-lompat, muka berseri sebab dapat jumpa ZIZAN! Kacau betul!

27 Jun, 2009

Logik!!!

Baca tabloid. Shebby lagenda bola sepak negara cadang satu idea. Pasti boleh bantu kita layak World Kap (syok sendiri!). Bernas kah? Mimpi kah?

Ujar beliau kita sertai Oceania. Lawan gugusan negara kepulauan itu. Ternyata mereka longlai. Seterusnya, kalah mati tentang satu wakil Asia. Satu perlawanan lagi. Tak kan buntu jaya. Kata SatuMalaysia! Satu perlawanan dan tercipta sejarah!

Harimau Malaya jejak kaki ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali pertama!

Walaupun tahu sekadar perlian, aku setuju pula! Senang. Kalau gaji pemain ditangguh melarat sepuluh tahun pun pasti boleh maju. Kenyang perut yang atas-atas sudahlah! Apa fikir bawah-bawah ni. Ada gaya kapitalis alaf baru kah?

Kah! Kah! Kah!

Kisah seorang mendiang (lagi!)

Masuk Maghrib Adik tiba rumah. Ditayang tee baru dibeli. Motif smiley Nirvana.

Uji sama dia, "cuba nyanyi Smells Like Teen Spirit."

Dia diam saja.

"Terima kasih sebab belikan baju tu," tambah aku. *Kenyit*

Smiley Nirvana

Terus dia menghala ke tandas seraya berkata, "huh! Takde! Takde!"

"Huhuh," adik angkat Kurt Cobain gelak kecil.

Terlambat wish (lagi!)

Dia seorang ikon berubah warna. Hitam ke putih. Kerana terguna cecair klorin lebih had, putihnya bagai baju sekolah baru keluar dari kilang. Kini dia tinggalkan dunia bersama teka-teki. Benarkah dia menganut Islam? Kita bakal saksi dia dibakar atau ditanam nanti??

Mikaeel
Patut stop bedah masa ni.

Selamat jalan, Mikaeel. Al-Fatihah.

25 Jun, 2009

Soundwave abang tiri Optimus Prime

Perasaan syok sendiri menyebabkan berlaku kegagalan. Sama seperti Andalusia tewas kepada Uncle Sam. Dua berbalas telur. Macam pernah ku lihat, tapi di mana ya! Eh! Eh! Setan Merah marah ke?

Peristiwa pedih di saat semua rancang menjadi barisan depan. Menjadi orang pertama melihat robot canggih di pawagam. Kecewa tak begitu meluap. Namun, semakin mencetus bila terlalu ramai di kalangan tukang blog taksub menjadi tukang sampai jalan ceritanya.

Filem prequel ditonton pada minggu ke-enam. Tika surut ghairah. Tiada siapa peduli. Malah, Jess langsung hairan. "Tak best pun cerita ni," bersama muka tenang tahap batu bulat kecil yang sejuk di dalam sungai. "Dia minah jiwa," pandangan sempit ku. Huhuh.

Pendirian diri tak pernah tergopoh-gapah. Rela berada di belakang banding menjadi tamak dan berbunuhan demi sekeping tiket. Maaf, imaginasi sedikit luar kawal! Bila berbuat sesuatu baik bersikap tenang. Sesekali tergelincir biasa. Manusia lemah begitu karma ketentuan.

Jess
Berdarah hidung kali ke seratus!

Konklusi, mungkin lambat peluang itu. Beralah demi misi terdekat: Dapat kamera idaman (hujung minggu) dan bertemujanji Jess (hujung minggu juga). Soundwave, kau tunggu! Kita kembalikan nostalgia silam kemudian nanti. Chow!

24 Jun, 2009

Yahya + Mahani = YAMAHA!

Tolong aku sikit boleh tak?

Apa hal?

Bini aku. Sarat mengandung. Kembar. Seorang laki. Seorang perempuan.

Jadi?

Bini aku bagi assignment. Suruh cari nama untuk baby kami. Buntu aku!

Spesifikasi?

Lelaki depan ada ABDUL. Baby girl wajib SITI pangkal.

Elok sangat! Kau tu orang nombor-nombor. Buta seni. Mana layak terbabit hal berat macam ni, bro!

Ye lah. Tak kan aku nak bagi nama ABDUL KUASA DUA, SITI ALGEBRA kan?

Wawawa. Walaupun makin tebal spek kau, lebih tebal lagi muka kau tu ek.

DUSH!

Aduhhhh..

Nak tolong ke tak?

Tengok keadaan. Lagipun, aku kena minta pendapat orang rumah dulu.

Bila masa kau nikahnya?

NAJIB maksud aku.

Itu rakan serumah, ngok!

Huhuh. Ada syarat lain tak? *Sengihan beruang*

Dia nak gabung nama kami. Aku depan dia belakang. Dia kan NADIRAH, jadi N. Aku H untuk HAMID.

Kau cadang?

ABDUL HAZNIK NAZMI, SITI HAZNI NAJWA. *Tunjuk isyarat bagus*

Tahap C. Setakat cukup makan. Tak boleh pergi jauh. Zaman globalisasi kena internasional. Baru mat saleh hormat!

*Gosok kepala* Macam ni lah. Kalau A+ idea kau, aku sponsor kek kahwin. Lima tingkat!

Siap pedang samurai untuk potong kek???

A'ar. Janji, bro. Yang penting, selesai masalah nan satu ni.

Tiba-tiba Allah beri aku hidayah, MID!

Apa? Apa? *Fokus luar biasa*

ABDUL H1 N1, SITI H1 N1 *Senyuman manis menunggu maut*

++++++

Adegan seterusnya anda tentukan.

23 Jun, 2009

Kau lemah! Sila senyap!

Pada sebilangan kita, cerita Yahudi mencelakakan Palestin basi kini. Berbangkit tentang hal manusia cuma. Semangat insani tak kira agama dan siapa anda. Diri bersimpati dan sentiasa cuba membantu meski sekelumit.

Bulan lepas telah berkunjung ke banyak blog. Ada satu yang berjaya menyinggung perasaan aku. Begitu pasti dia menyatakan bahawasa usaha boikot burger cap M sia-sia! "Xde maknenyer oiiii," tambah dia sambil dengan bangga menayangkan betapa banyak produk cap M yang mampu dibelinya tempoh hari. Dia sampaikan pada pengikut ratusan jumlahnya. Paling mengecewakan, dia muslim yang isytihar break the boycottt! What the duck!

Boikot atau sebaliknya hak individu. Kap tak berhasrat nak berdebat berkait hal ini. Noktah! Akan tetapi untuk menjadi bodoh, ego mengatakan ia "xde maknenyer oiiii", rasa ada bagusnya dia banyak membaca. Paling kurang, baca cerita pipit dan Nabi Ibrahim. Tentang kuasa ikhtiar mengikut kemampuan.

Ingat! Kalau Palestinian baca entri kamu, pasti mereka menangis kecewa. "Pencinta keamanan" konon!

Jangan bercakap seperti manusia berakal najis! dan jangan kerana kamu lemah angkara nafsu, diheret sama yang lain ke lembah itu. Usah bersahaja memperlekehkan usaha, hormati pengorbanan mereka. Bersikap bisu lebih mulia daripada mempersembahkan bau longkang mulut kamu!

Pautan: [1]

22 Jun, 2009

Hang Kebun tetap berkebun di pagi Ahad

Ayah seorang yang istimewa.

Bila diucapi sebarang ucap selamat pasti dibalas.

"Perbuatan lebih penting daripada kata-kata!"

Tapi aku cuba kau cuba lagi semalam.

"Tahniah, encik! Selamat Hari Bapa."

"Masuk maghrib baru nak wish??"

Bingkas aku ambil kesempatan.

"Ayah, perbuatan lebih penting daripada kata-kata!"

Tersenyum pula dia tiada balasan.

++++++

Ayah, bila nak pasang Astro?

Nak tengok Kaka musim depan.

*Kurang berguna punya anak*

Tukang blog sekitar aku banyak yang...

Mengekspreskan rasa tercabut nyawa, putus harapan penangan cinta. Lukisan kecewa! Hampa! Nukilan air mata, muat naik foto memori luka. Kesian. Biarlah mereka berolehi bahagia. Amiin.

20 Jun, 2009

Parking kereta di Petronas

Makan kacang kuda dua bungkus.
Dapat bendera. Cabut dari pokok!
Hang Kebun duduk rumah. Penat kerja.
Lambat mesej Jess.
Salam dengan idola.
Lepak kedai 24jam sekejap. Nak aircond!
Dressing kacak macam bertemujanji.
Banyak gerai sup tapi mana nasi ayam?

Anwar

Misi Jumaat malam Sabtu selesai.

Pautan: [1]

17 Jun, 2009

16 Jun, 2009

Pembangkang

Sakit kepala berterusan. Teringat orang jauh kedemaman. Risau. Sekarang dia makin kebah. Aku parah. Semalam tidur tersangat awal. Famili kebingungan. Jaga rumah tidak merondakah seperti malam-malam sudah??

Tungkus lumus ingin pulih. Tiga hari lagi rancang ke stadium berhampiran. Peminat bola bukan. Cuma Jumaat mendatang hari istimewa. Malamnya bakal ketemu mantan pemimpin negara. Dia bikin program ceramah perdana. Turut serta agenda utama. Selalu lihat siaran maya. Peluang one on one pasti digunakan sebaik ada.

Persediaan disenarai-panjangkan. Perlu telefon bimbit berkamera dan sebotol besar air kosong. Nak ajak Hang Kebun jika sudi. Dia mesti bawa biskut bersama air panas. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Harap nanti bebas sabotaj. Pendengar pula jaga tingkah. Selaku pengundi berdaftar hak untuk mempelbagai input merupakan mutlak! Jangan ada benci antara kita. Selamat berpolitik.

15 Jun, 2009

2011


1:29: Hahahahuhuhohoho..

Pemalas! Lagi-lagi video!

Maaflah jika tidak suka Kap menempek video lagu. Nyata ia ganti pada otak nan kering. Tiada idea rapu kelas tinggi buat anda. Di sini ada satu lagi. Amatur punya. Paling suka saat 44 ke atas. Tangan King Kong buat kemunculan.

11 Jun, 2009

Belek buku sejarah KBSM

Aku suka cikgu sejarah. Dia agak baik. Tapi cikgu sejarah tak berapa suka aku. Malah, tiada pernah tegur sapa. Bukan sama aku! Geng aku! Susah juga ya. Geng dan anak dia satu kelas, satu perangai - "suka sangat" subjek ini. Jom baca buku sekarang. Sejarah mat moto, cinta, dan lagu-lagu mendayu. Bab pertama, Azura: Kau sinar hidupku.

Hasil kajian:

Azura_Motor
1. Banyak motor-motor besar dan tak tayang awek separa telanjang kecuali adegan AZURA main hujan. Tak faham aku, "Perlukah?"

Azura_Galak
2. A. GALAK masih muda, bukan polis senior. Dia kekal bermisai. Kekacakan beliau bergantung pada suit zaman 80an yang mengikut potongan badan. Nampak ranggi. A+ untuk wardrobe dan B- misai. Isteri baru dia juga sungguh menggalakkan!

3. ZACK jatuh motor paling sopan dalam sejarah permotoran dunia. Cedera teruk! Sampai tak boleh bangun. Kalau betul macam tu, insaf mat rempit tengok.

4. Casting teruk! Dialog lemah! Jalan cerita senang jangka! Tapi runut bunyi gaya M. NASIR. Jadi, faham saja sudah! Lagu semua ada kelas. Siap sing-a-long. Karaoke jamban sekali.

Azura_Eddy
5. ZACK dan band sedang jamming di dewan tak siap. Tiba-tiba muncul orang kuat syarikat rakaman (bersuit bagai) bernama EDDY tawar jadi artis. Aku syak pelakon itu pengarah filem ini, DEDDY. Kebetulan?? Atau mungkin salah?

Azura_Warna Warni
6. Kasut Nike cun belaka. Seluar juga pelbagai variasi warna. Serupa Bollywood.

7. Langsir, alas meja, seterika, sarung bantal, kaca mata hitam macam pernah ku lihat tapi di mana ya. Ya, dalam rumah ini lah! Klasik!

Azura_Gam
8. AZURA peluk ZACK tahap melekat. Dua menjadi satu. Nasib baik aku sabar!

9. JAMAL kalau tak hisap dadah mungkin dah kahwin dengan OGY. Empat anak kurang-kurang. Serupa wartawan gosip pula.

Kronologi pilihan:

Azura_Rambut
AZURA: Yang pertama, saya tak suka dengan potongan rambut awak tu.

Azura_Ganas
AZURA: Kenapa awak tak pukul mereka?
ZACK: Saya tak suka pada keganasan.

Azura_Bujang
ZACK: Maaf ya! Rumah ni rumah bujang. Kainnya bersepah-sepah.

Azura_Bilik
ZACK: Azura, kau nak tidur sekarang.
AZURA: Ermmphm..
ZACK: Mari kita masuk bilik
AZURA: Eh, tak mau!
ZACK: Kenapa ni? Ini kunci bilik. Awak pergi tidur. Biar saya tidur di sini..

ZACK: Semenjak hari itu ayah belum mengirimkan wang. Kita sudah broke!

ZACK: Azura, kita sudah banyak wang sekarang..
AZURA: Ooo..bestnya!

ZACK: Azura sayang..
AZURA: Ye, Zack!
ZACK: Kau ni cantik lah.
AZURA: Oooh....

Azura_Darurat
ZACK: Kami dah bernikah, Mir. Kahwin darurat. Tak jemput siapa-siapa pun.

Azura_Demam
DOKTOR: Dato', dia hampir dapat demam paru-paru.

RAZIF: Cinta mereka sangat menarik!

Pause sebentar:

Azura_Biru

Azura_Azura

Mana lebih cun??

09 Jun, 2009

Sesi kedua: Kes bulu

Radhi Sukiman:
Hai, Prof. Kaput. Rasa meluat dan geli ketiak sering saya alami ketika membaca akhbar harian utama. Bukan itu sahaja, malah saya terpaksa menelan dua biji Ponstan setiap hari kerana tertekan selepas membacanya.

Sentimen politik "pilih bulu" terlalu banyak sehingga memenuhi kebanyakkan kolum. Keseluruhan menceritakan pembohongan yang ternyata hanya menjadi pelindung kepada yang berkepentingan peribadi.

Perlukah saya memulaukan seperti saya memboikot produk Yahudi, ataupun Prof. ada idea yang lebih baik?

Prof. Kaput:
Hai, Radhi. Mengikut firasat saya, awak bukan di Pulau Pinang. Jadi, seelok-eloknya tak perlulah berpulau-pulau. Isk! Anda yakin ke akhbar tu bukan produk Yahudi (acah saja!).

Baiklah, saya sendiri membaca akhbar setiap hari. Bukan untuk cerita politik tetapi untuk menelek mana tahu ada kerja kosong di sekitar Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan Encik Radhi, sejak negara kita dilanda kerunduman ekonomi, penjualan surat khabar harian negara telah meningkat sekali ganda akibat daripada aktiviti sebegini. Maaf, sedikit terbabas.

Kita kembali ke isu pokok. Bisnes adalah bisnes. Bisnes ini ada dua cabang. Satu wang, dan keduanya kuasa. Yang kedua ini menyebabkan apa yang saudara panggil "pilih bulu". Bulu siapa yang terpilih ditentukan oleh pemilih bulu tersebut. Pemilihan tersebut tidak pula berdasarkan kategori bulu tercantik atau pun bulu terpanjang. Ternyata ia lebih kepada bulu siapa yang sama serupa seperti bulu si pemilih bulu. Kompleks bukan??

Gambar lurah dada artis, cerita santau dan ilmu hitam, isu panas "dalam kain, dalam kelambu" adalah ramuan yang mampu memberi ketagihan ala daun ketum kepada pembaca. Pembaca yang ketagihan tidak dilindungi seperti mereka bersungguh melindung manusia berkepentingan. Jadi, wajib bagi anda mendapatkan perlindungan insuran nyawa. Mana tahu tup tup sakit jantung. Ingat! Malaikat maut bukan jenis memilih bulu.

Sebenarnya sukar bagi pesakit geli ketiak pulih kepada keadaan normal. Situasi akan bertambah sukar jika anda sering mengambil Ponstan. Ia berfungsi mengurangkan rasa sakit tapi pengambilan berterusan merosakkan sistem imunisasi tubuh. Tidak hanya geli di ketiak malahan akan merebak ke bahagian lain juga. Dahsyat!

Bagi masalah meluat perlukan lebih kawalan serta fokus. Bimbang nanti meluat itu berubah menjadi ketuat - ketumbuhan yang boleh merosakkan paras zahir anda. Teman wanita juga boleh cabut lari. Dia beranggapan sekali tergesel boleh mendatangkan rasa ngeri dan ngilu setiap tidur. Lebih malang, ayat menggoda dan wang berjuta tak mampu membantu kecuali untuk membeli ubat ketuat.

Untuk jangka masa panjang, suapbalik negatif tidak lagi berfungsi baik. Anda kurang bertindakbalas kerana lali dengan sebarang rangsangan. Maka, tidak hairan jika ramai yang terus menjadi peminat setia walaupun terasa benci. Sekaligus menjauhkan salah anggap mengata ia "benci benci sayang". Lebih tepat dipanggil "benci benci sayang". Eh! Sama pula.

Alangkah baiknya anda bantu orang yang bakal menjadi mangsa daripada terjebak. Saya syorkan beli semua surat khabar di kedai yang biasa anda pergi dan terus hantarkan ke pusat kitar semula berdekatan. Bayangkan sehari 40 naskhah. Ini tidak langsung anda berjaya menyelamatkan 40 orang yang lain.

Alhamdulillah, dari seorang mangsa geli bawah lengan, ketagihan pil dan daun ketum, dan hampir menjadi pemboikot. Kini anda mampu menjadi hero manusia dan bumi. Tak perlu lagi jadi hipokrit tutup suis sejam. Awas! Hipokrit juga penyakit bawaan surat khabar harian. Kita bincang lain waktu.

Sekian.

08 Jun, 2009

Jika kamu jiwang, saya lebih lagi!

"Mengapakah sengsaranya cinta?
Mengapa masih aku memerlukan mu?
Sedang engkau tak pernah meyakinkan.
Hanya melayani perasaanku.
Sedikit demi sedikit aku lebur."

07 Jun, 2009

06 Jun, 2009

Oh, Nani!

Saya suka kamu dalam drama sepak terajang. Manusia paling kool masa itu. Jam 8.30 cepat-cepat mahu tonton kamu. Akhirnya kung fu berguna tiada. The Legend Discontinued! Mati di tangan sendiri.

Oh, Nani!

Kejam kamu!

Encik David Carradine. Selamat pergi.

Pautan: [1][2][3]

Seorang mat rock berubah bentuk

Hati aku punya segmentasi emosi. Ruang lingkup capai segala gaya ekspresi. Agar bebas lepas perasaan. Tiada kongkongan. Cara aku: hayati bait lirik dan melodi. Jiwa tegas buat tetapan. Lalu terdengar suara halus, "Aku mahu jiwa-jiwa!"

"Patik menjunjung perintah," aku yang satu lagi menjawab.

Sentuhan pertama pada pemain audio hitam. Berlegar cari mana agaknya cenderung telinga. Ikut senarai artis. Bila sampai pada huruf J, bibir tergerak senyum. Pengisian nurani tepat sesi lewat petang.

"Tertunggu diriku hadirnya dirimu...
Walaupun sekelip mata."

"Resah hati ku merindui mu...
Terbayang-bayang anggun senyum dan tawamu."

"Apa yang telah terjadi pada kenangan?...
Sememangnya aku tak pernah melupakan."

"Indah suasana tika bersama...
Siang dan malam...
Seolah di alam syurga."

Hilang rock aku!

Aku rindu kau lah wei!

05 Jun, 2009

Aku menaip. Hati berkata.

Satu ringgit lima puluh sen:
Di depan aku sekarang ada majalah. Majalah cap J. Isi kandung hiburan muzik rantau Asia Tenggara. Bahasa Inggeris seratus peratus. Buatan Malaya.

Keluaran bulan enam dibeli malam kelmarin. Kedai buku berhampiran gerai kerepek adalah penyelamat. Satu-satunya yang menjual majalah itu di sini. Sejak tahun lepas, aku terpaksa bayar bersama parkir seringgit setengah sebulan. Jadi, tambah harga naskhah tersebut aku terpaksa belanjakan lapan ringgit tiga puluh sen paling busuk. Kini wang lebih boleh diguna untuk makan nasi lemak hospital tempat Misi Rajin pemeriksaan kesihatan rutin.

Kulit muka depan tiga orang gadis penyanyi. Yang berjaket kuning pisang menjelir lidah. Malah seorang juruhebah radio. Kedua, berambut kembang berbaju harimau bintang. Ketiga, aku suka. Jaket kulit merah bersama tudung tompok. Rantai di leher digigitnya. Seperti singa betina. Cuma beza dia sangat cantik. Jadi???

Formula mudah:
Perempuan tetap perempuan seperti mana lelaki. Tiada ditengah antara mereka. Sesama kita dicipta melengkapi segala. Saling melengkapi! Api nyala jirusan air. Jatuh tersadung beralas empuk. Pendek cerita, yang kurang ditampung lebih. Yang kuat kendong sang tempang.

Walaupun ada hukum hisab: positif tambah negatif sama dengan negatif ((+) + (-) = (-)). Hakikat matematik juga menerangkan jawapan akan jadi positif jika positif itu lebih besar dari negatif. Faham ke, kawan-kawan?

Pandang | Rasa | Mahu:
Kemungkinan wanita cun di mata lelaki adalah samar. Jelas dalam kabur. Biasa orang guna "subjektif". Mata memandang seribu gaya. Menghadam pandangan pula lagi seribu cara. Ini buat ramai keliru tapi bukan aku!

Lelaki punya citarasa pelbagai. Kadang tak punya arah. Ada kawan memilih fizikal menjilat jari. Bila si dia beraksi jxlxng, baru mula cari hati. Apa kamu mahu benar-benar? Sukar memilih? Opsyen melimpah ruah? Tak sangka anda tersesat dalam terang. Lelaki sebegini kena berubah lekas.

Perempuan tahu apa kami suka. Kami mahu kamu yang inginkan kami. Bila lelaki kehendakkan kewanitaan mu, dia insan mulia. Jangan samakan nafsu seksualiti tanpa batas. Sudut perbincangan bukan luar nikah!

Penghujung sebuah cerita:
Selalu kita dengar. Kisah skandal rakan pejabat, kawan rampas kekasih, dan lain lain perkara. Seronok menongkah arah. Mengelak hakiki. Berterusan begini bisa pincang fundamental kita. Bukankah kita pernah berjanji pada-Nya. Berusaha menjadi bumi anbia tempat terbaik. Kenapa harus mungkir?

Karma mengatakan, hidup pusingan roda. Ke atas dan di bawah ketika masa beredar. Waktu baru, goleknya lembut. Lalu keras. Makin keras bila hampir hujung hayat. Saat itu bila tiba, ia pecah dan tidak menjadi bulat. Namun, sedarkah kita lama mana usia roda tekanan angin main peranan. Jika terjaga, bunga lambat pudar dan putarnya ligat. Dapatkah anda lihat persamaannya dengan hidup kita?

Manusia juga berubah. Kita patut berubah. Hitam ke putih. Jangan biar sang ranger hutan berjalan tanpa lampu suluh. Kelak menyimpang jalan ke lain arah. Sama-sama kita lelaki dan wanita. Berpimpin tangan. Bersikap jujur. Sayangi pasangan anda. Kasihi anak kecil anda. Mereka layak bahagia jika kamu tidak mahu!

Tammat.

04 Jun, 2009

Bulat

Pagi indah. Aku ranggi. Imej berkain pelekat. Baju tanpa lengan. Setin kopi cap B. Dua keping roti canai telur bawang (dalam perut). Penampilan bergaya ala Bangla terkandas bawah jambatan. Jelas sekali intro yang menyesatkan.

Manusia tak pernah lengkap. Pasrah. Melihat kawasan abdomen. Lekukkan makin meluas. Kapasiti padat. Lantaran malas bersenam. Seksi bilang Jess. "Ejek tu," aku balas.

Apa cerita? Malam sudah artis berbadan besar muncul di televisyen. Keluh tentang masalah tubuh. Bergerak payah. Bertahun usaha tetap begitu. Saran pada umum jangan cuba guna ubat langsing. Terbukti berkesan. Namun punya kontra. Bila berhenti naik kembali. Mendadak!

Rujuk doktor. Dinasihat jalani operasi. Mesti kurangkan inci kerana nanti bahaya status kesihatan masa depan. Dia tambah, "Susah bila terlambat." Dia senyum dalam sedih. Fikir aku.

K
Lemak kental

Bermonolog lagi. Sambil merenung tepat kawasan itu. "Maaf ya, perut. Janji lebih baik pada kamu." Macam pesan Hang Kebun setiap kali terserempak di dapur, "Makan sebelum lapar. Berhenti sebelum kenyang."

03 Jun, 2009

Sila menulis ketika kenyang

Mana lebih penting? Perut kenyang atau hati senang? Dua-dua! Tiada kompromi. Nikmat rasa lain tapi kepentingan sama tinggi. Tak dapat memilih. Ia bukan pilih harta atau rupa, pilih cantik atau jiwa. Serba salah jadinya. Jika dapat semua itu. Mata terbuka badan masih boleh bertenang.

Bangkit dari katil. Tugas pertama pergi ke kedai runcit mamak. Beli barang dapur. Ikan, sayur, makanan sejuk beku, dll. Sembur ketiak yang baru juga murah di sana. Kurang berhasil. Banyak barangan kurang. Ada yang langsung tiada. Beli apa jumpa. Balik ke rumah demi matlamat nan satu!

Ingat lagi peristiwa ikan masak kicap? Tengahari cadang mahu masak. Kesian pada adik. Sejak sakit selera bagai hilang. Hanya roti dan konfeksionari masuk ke badan. Yang lain tekak tolak. Sekarang kurus nampak tulang. Bertambahlah jurang kekacakan antara kami berdua. Aku menang besar.

Dia juga sudah lama minta bebola ayam masak masam manis. Semua ahli famili suka. Malah Tukang Ubat yang cakap tak sedap makan lebih. Biasa diet jamah separuh bila malam. Tapi secara senyap tambah di belakang.

Berharap rancangan mulia berjaya. Misi Rajin balik dari pejabat uruskan lauk ikan. Aku pula resipi bebola ayam. Selesai. Aku dan Adik duduk semeja menguji. Dia kata ok! tapi pedas sedikit. Hampanya! Tapi terus makan kerana perut merungut lapar.

Dari dapur terdengar bunyi senduk dan periuk nasi berlaga. Adik pula baru menjengah. Mungkinkah?? Huh! Jiwa puas. Akhirnya Adik keluar. Menambah lagi sepinggan rupanya. Sesuatu yang dia tidak buat hampir dua bulan. Terima kasih, Allah.

Ingin luah pengakuan. Aku tersangat kenyang perut, dan serentak terlalu senang di hati. Anda bagaimana?

Pautan: [1]

02 Jun, 2009

Stadium oh stadium! Kenapa engkau runtuh? Macam mana aku tak runtuh. Idris Jusoh suruh!

Selesai periksa semua atap rumah seluruh taman di sini. Ok. Mungkin boleh tahan ribut bertahun lama. Risau takut musibah berlaku. Stadium canggih ratus juta ringgit boleh runtuh. Ini pula kediaman cap PKNS dan buruh seberang.

Malaya hebat! Idris Jusoh sepuluh kali hebat! Aku tepuk dahi berkilat. Pakat jual minyak di muka. Mana tahu boleh tolong kerajaan bikin satu lagi. Ribu juta mungkin.

Runtuh

Masa depan gemilang untuk penganggur di luar. Buat kertas kerja. Bina stadium di tempat anda. Isi kandungan tulis ayat kipas. Tulis bajet berapa banyak mahu. Paling penting highlight-kan: Bangunan ini pasti runtuh dalam masa setahun. Tiada jaminan wang dikembalikan! Once broken considered sold! Sekarang anda lah jutawan muda.

Pautan: [1]

Jangan menulis ketika penat!

Jess cantik hari ini. Berkebaya ungu cair ke-merahjambu-an. Sedangkan aku pakai ala pelayan restoran 5 bintang. Taraf kuli. Tidak sepadan dengan dia, sang bidadari beralis lentik.

Kasut dia juga anggun. Baru beli semalam. Aku pilih. Sekali lagi. Aku pula hanya sarung kasut kulit murah. Jualan lelong. Sebulan dua belum tiba tapak setengah terpisah. Curi gam gajah Hang Kebun. Terus tampal. Buruk sedikit rupa. Memang tak masuk akal.

Tapi hari ni juga dia cakap perkara indah tentang aku. Aku masih tersenyum walau dalam lena. Sedar, santap dan mandi juga terasa senang. Malang. Enggan berkongsi sama kamu, wahai pembaca.

Bercinta sangat hebat. Angau sepanjang detik.

Aku silap. Kerana sebuah semangat Romie Julie, tetap mahu menaip di kala penat terlampau. Hasrat semoga kalian cemburu. Maklum pada anda kami bahagia. Huh! Berhentilah. Sudah terlalu memaksa. Nanti tercerita kisah romantis pula. Salam.

01 Jun, 2009

Senarai panjang

Coklat besar, bunga serabut, sepatu baru, jamuan ringan, beratur panjang, beruang kecil, cahaya limpah, air mata kasih, lompatan kera, cerita bangga diri, ucapan berjela, salam bakal mertua, kentut senyap, manusia sana sini, baju batik......

Lompat

......senyuman joker, kembang punggung, tepukan meriah, peluh menjejes, tepuk tampar, perut berbunyi ring ring ring, ketawa girang, tunduk penerima, panas punggung, ketiak basah, gemuruh jiwa, semangat membara, dari puncak ingin ke angkasa, dan .....(anda sambung pula jika sudi).....

Pandai teka??