31 Mac, 2009

Anugerah Petani Kecil 2009 jatuh kepada..

MEON berusia 5 tahun sangat petah bercakap dan yang selalu menjadi mangsa ialah AUNTIE SALLY, jiran sebelah rumah. Setiap pagi pasti mereka akan berada di halaman berbual seperti anak beranak.

AUNTIE SALLY: (Menyiram pokok)
Apa yang Meon menungkan tu? Khusyuk Auntie tengok.

MEON: Meon rasa pelik lah, Auntie.

AUNTIE SALLY: Pelik? Kenapa?

MEON: (Berfikir sejenak)
Ye lah, pokok mangga Auntie elok je membesar kuat dan sihat. Meon punya kecil. Daun pun sikit. Buah langsung tak keluar.

AUNTIE SALLY: Dah lama ke Meon tanam?

MEON: Auntie ni tak sensitif betul. Kita hidup berjiran mesti "jaga dalam kain orang". Jawapan tu sepatutnya dah dalam kepala Auntie tau!

AUNTIE SALLY: (Mengangguk-mengangguk tanda setuju)
Bukan dalam tapi "jaga tepi kain orang".

MEON: Huh!
(Berlagak sombong)

AUNTIE SALLY: Auntie saja nak test Meon ingat lagi tak.
(Tersipu malu)

MEON: Baiklah, Meon maafkan Auntie.

AUNTIE SALLY: "Bila pula aku minta maaf dengan kau ni, Meon"
(Bercakap seorang diri)

MEON: Syaratnya, Auntie kena kongsi secret recipe pokok mangga tu. Otherwise, Meon report Nik Aziz.
Nota: Ayah Meon penyokong PAS.

AUNTIE SALLY: Menjunjung perintah, Raja Meon.
(Memerli sambil beristigfar dalam hati)

MEON: (Tersengih sambil menggaru ketiaknya yang gatal)

AUNTIE SALLY: Auntie guna baja. Bubuh baja baru boleh besar.

MEON: Sebesar Auntie boleh?

AUNTIE SALLY: Besar Abah kamu pun boleh.

MEON: Mama, Abah, Auntie semua pun guna baja baru boleh besar ek?

AUNTIE SALLY: Lebih kurang begitulah, budak kecik!

MEON: Ooooo..Baja jenis apa paling bagus ek?

AUNTIE SALLY: Baja tahi ayam goreng.

MEON: Ayam goreng??

AUNTIE SALLY
: (Mengenyitkan mata tanda berlawak)

MEON: Auntie nak saya report kat Kementerian Sumber Manusia ke?

AUNTIE SALLY: Amboi, bijaknya! Gurau sikit pun tak boleh. Sombong! Budget hensem!

MEON: Memang Meon hensem pun. Opah cakap. *Suasana sunyi seketika* Auntie..Auntie tau tak dulu sebelum Mama, Abah buat Meon, Abah kacau Mama kat tempat kerja serupa macam Auntie. Kenyit-kenyit. Mama kata, "Nasib baik I jatuh cinta dengan mata you. Kalau tak menjawablah dengan mata-mata"
(Mengajuk gaya gedik mama)

AUNTIE SALLY: "Budak ni..Siapa ajar kau ni?"
(Mengomel lagi)

MEON: (Tersengih pula)
Boleh tak Auntie bagi Meon pinjam baja taik ayam? Nanti Meon dah besar, Meon ganti.

AUNTIE SALLY: Meon punya permintaan Auntie boleh tolak ke?
(Menghulur bungkusan kecil baja)

MEON: Tak.
(Tersengih dan melompat kecil memeluk bungkusan itu)

3 jam kemudian,

MEON: Auntie Sal! Auntie Sal! Auntie Sal!
(Menjerit ala tarzan)

AUNTIE SALLY: Tunggu kejap. Auntie tutup tv dulu.

MEON: Auntie...

AUNTIE SALLY: Hah! Ada apa lagi, Tuan Meon?

MEON: Betul tak cara Meon letakkan baja ni?
(Menunjukkan tempat dia menabur baja)

AUNTIE SALLY: Dah nak hampir betul. Tapi kenapa Meon tanam pokok sampai langsung tak nampak pokoknya. Yang kena timbus akar saja, anak ooi.

MEON: Meon bukan tanam pokok lah, auntie. Meon tanam adik Meon, Ajip. Nanti cepat besar macam Meon. Boleh main bola sama-sama. Meon bosan lah main sorang-sorang. Borak pun dengan auntie je. Auntie gatal.

GEDEBUK!!

MEON: Auntie, jangan mati dulu. Auntie! Auntie! Meon bergurau tadi. Auntie baik, Meon yang gatal. Auntie, bangun!

Tumbang
Ini bukan pokok mangga

28 Mac, 2009

Band terbaru: Leha and the Seniors

LEHA, anak yang aktif rapat dengan ibunya. Mama pula seorang yang supportive dan sentiasa manjakan anak tunggalnya itu. Suatu petang di dapur rumah...

MAMA: Masa di asrama ada tak apa-apa aktiviti menarik yang Leha join?

LEHA: Leha join band, ma. Misi kitorang berempat nak buat kejutan. Pakat nak satu negara sedar kewujudan kami.

MAMA: Bangga mama kamu ada cita-cita besar macam tu. Empat orang saja? Cukup ke?

LEHA: Leha part jerit-jerit. Mimi, Siti pakar goreng, Zura ketuk mengetuk kasi pecah. Padu dah, ma. Ramai sangat takut tak unite.

MAMA: Apa nama band kamu?

LEHA: Kami Tak Takut Warden.

MAMA: Pelik sungguh nama. Selalu di mana kamu semua praktis?

LEHA: Dekat asrama. Tiap malam kami berlatih. Semua budak respect kat kami. Mungkin sebab kami rajin. *Muka bangga, hidung kembang*

Leha
Gambar kenangan di belakang blok asrama

MAMA: Ada bilik jamming di sekolah tu?

LEHA: Mana ada. Kena pandailah nak hidup.

MAMA: Student lain tak marah ke bising malam-malam. Tak kacau dorang nak ulangkaji ke?

LEHA: Kitorang dah pesan jangan mengadu. Lagipun kami senior. Biasalah, siapa berani tegur.

MAMA: Suka hati kamu lah, Leha. Jangan sampai bantai, pukul budak sampai lunyai sudah.

LEHA: Laaaa..Macam mana mama tau? Tak suprise dah!

MAMA: ??????? *Kebingungan*

LEHA: Bila kami perform, tugas Leha macam biasa jerit sekuat hati. Serapat yang boleh, sampai terkeluar anak tekak. Kalau tak jalan, Zura "Gemuk" ambil turn. Pukul muka, badan, kaki sampai remuk. Tangan tak boleh sentuh sebab itu untuk Mimi, Siti. Seronok betul dorang, ma. Grip tangan budak. Lepas tu celup dalam minyak panas. Meraung budak tu. *Muka sangat bangga sambil tersenyum*

GEDEBUK!!

LEHA: Mama! Mama! Bangun! Leha belum habis cerita ni.

MAMA: *Berbuih mulut dan menggigil* Itu bukan band, sayang. Itu buat geng. Geng pukul orang namanya. *Pandangannya semakin gelap*

27 Mac, 2009

Tempat jatuh lagi dikenang

Kisah ni berlaku dalam satu serbuan Jabatan Imigresen ke atas sebuah tapak pembinaan di ibu kota semalam.

RASHID: Incik, boleh saya balik rumah juga? Itu anak saya dekat sekolah juga tiada orang mahu ambil, incik.

PEGAWAI: Baiklah. Sila tunjukkan pasport awak di meja sana tu. Kami perlu buat pengesahan.

RASHID: Saya bukan pendatang tanpa izin juga, incik. Mana cukup wang juga naik kapal terbang. *Bersungguh-sungguh mengeluarkan isi poketnya yang penuh debu*

PEGAWAI: Kesian. Jadi, awak tinggal di mana?

RASHID: Saya orang KL juga. Rumah juga dekat.

PEGAWAI: Ok, saya pun ada anak. Saya faham. Tapi kami tetap perlukan kad pengenalan awak. Lepas tu awak boleh pulang.

RASHID: Incik ni gila ka, incik? Dulu saya mari sini tongkang buruk juga naik! Sekarang sudah sampai, mahu suruh saya bikin lagi. Ingat itu Bangladesh dekat ka? Jauh, incik! Jauh! *Menunjal kepala pegawai tersebut menggunakan jari telunjuk bertalu-talu*

Sejurus kemudian dia ditahan atas dakwaan masuk ke Malaysia secara haram dan menghina kakitangan bertugas. Manakala pegawai berkenaan dikenakan tindakan disiplin dibuang kerja. Dia didapati bersalah bertindak luar kawalan dengan menggigit kesemua jari Rashid sampai putus.

26 Mac, 2009

Matematik memang mudah

AWEK CUN: Pakcik, yang ni sekilo berapa?

TAUKE: 6 ringgit.

AWEK CUN: Udang?

TAUKE: 15 ringgit sekilo.

AWEK CUN: Apa yang paling mahal kat dalam kedai ni, pakcik?

TAUKE: Ikan Patin. Bukan bela tau. Liar dari Sungai Pahang. 25 sekilo.

AWEK CUN: Murahnya. Kedai tadi lagi mahal. Tak mampu saya nak beli.

TAUKE: Kedai mana?

AWEK CUN: Blok depan. Yang paling hujung sekali. Belah kanan.

PANG!!

AWEK CUN: Aduh! Kenapa pakcik ketuk kepala saya?

TAUKE: Bongok! Kedai tu bukan jual ikan emas. Dorang jual barang kemas. *Sambil menyiang ikan di tangannya dengan ganas*

25 Mac, 2009

Suami pilihan ramai

ISTERI: Bang....

SUAMI: Ye, sayang..

ISTERI: *Tersenyum lebar*

SUAMI: Isk! Apa raba-raba ni??

ISTERI: Abang tak nak ke?

SUAMI: Malam ni tak boleh.

Soket

ISTERI: Biasa tak menyempat. Hari ni sombong pulak.

SUAMI: Sayang, kan kita dah janji. Earth Hour..Ingat tak?

ISTERI: Kan kita dah bergelap ni. Lagipun, apa kena-mengena ehem-ehem dengan tutup suis?

SUAMI: Abang nak jimat tenaga. Spare untuk madu awak nanti.

PANG!!

SUAMI: Tak kelakar ke, yang? *Sambil menekap kepalanya yang berdarah*

24 Mac, 2009

Mana bini kau??

MANDUR: Bos, jentolak no. 27, no. 25 buat hal lagi.

BOS: Pergilah hantar servis.

MANDUR: Dua-dua tu baru sampai dari bengkel semalam, bos.

BOS: Susah sangat korang korek pakai tangan.

Jentolak

MANDUR: *Menguis-nguis pasir tanda protes* Saya ada cadangan, bos. Kalau repair selalu pun banyak pakai duit. Jahanam dah tu. Ganti saja baru. Jual murah second.

BOS: Mana bini kau?

MANDUR: Ada kat rumah lah, bos. Kenapa?

BOS: Kau ganti saja baru. Jual murah second.

MANDUR: *Tertunduk malu terus insaf*

22 Mac, 2009

Hai..

Saya Kaput.

Nama panjang Al-Kaput.

Nama pendek Kap.

Kap-Kun-Kap.