02 Jun, 2009

Jangan menulis ketika penat!

Jess cantik hari ini. Berkebaya ungu cair ke-merahjambu-an. Sedangkan aku pakai ala pelayan restoran 5 bintang. Taraf kuli. Tidak sepadan dengan dia, sang bidadari beralis lentik.

Kasut dia juga anggun. Baru beli semalam. Aku pilih. Sekali lagi. Aku pula hanya sarung kasut kulit murah. Jualan lelong. Sebulan dua belum tiba tapak setengah terpisah. Curi gam gajah Hang Kebun. Terus tampal. Buruk sedikit rupa. Memang tak masuk akal.

Tapi hari ni juga dia cakap perkara indah tentang aku. Aku masih tersenyum walau dalam lena. Sedar, santap dan mandi juga terasa senang. Malang. Enggan berkongsi sama kamu, wahai pembaca.

Bercinta sangat hebat. Angau sepanjang detik.

Aku silap. Kerana sebuah semangat Romie Julie, tetap mahu menaip di kala penat terlampau. Hasrat semoga kalian cemburu. Maklum pada anda kami bahagia. Huh! Berhentilah. Sudah terlalu memaksa. Nanti tercerita kisah romantis pula. Salam.

13 ulasan:

  1. okay anda berjaya.
    saya cemburu.heh
    angau tu best :)

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama02 Jun, 2009

    hehe~
    jess da pndai pkai kebaya skang
    bagus
    incik kap pndai mnjage nyer

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama02 Jun, 2009

    ungu dan merah jambu. memang cukup cun oke.

    dan harapan anda dikabulkan. ternyata ini dipaksa taip dalam nada cemburu. haha..

    well, semoga live happily ever after! ^_^

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama02 Jun, 2009

    smoga bbhagia selalu.. haha

    BalasPadam
  5. GRR! macam la panjang sangat... cess! waahhaa! kaput! ;p salam kenal .. jom bertumbok dulu .. hahahaha!

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama02 Jun, 2009

    wahlaweh..romantis nyer..

    ngee~

    BalasPadam
  7. wahh...
    jg angau melebey sudh..
    haha..
    bgus2!
    smoge brbhgia selalu brsma jess..

    BalasPadam
  8. khadijah:
    bagus r awak cemburu..
    tp jgn cemburu buta pd cik abg awak ek..
    nti dia bikin modal cari len pulak ;-)

    [Q.e.M.a]:
    die tak perlu pakai seksi seperti yg awak emel-kan pada sy tu :-)
    mata dia saja sudah cukup seksi..
    bikin jiwa gelora..
    boom..boom..boom..

    CaPiQa:
    awak cemburu pada kami atau kebaya itu??

    alamak! sy pula jdi jeles :-)

    Cik Zahora:
    kenapa ada haha di hujung pula??

    papehal pun..ammiiiinnnnn...

    Dakjaat™:
    aku tak suka serabut..
    panjang sikit sudah kepeningan..

    mahu bertumbuk??
    baiklah, nanti sy ambil lesung batu..
    boleh r kita lawan tumbuk cili. ok?? ;-)

    Media Cyber:
    ye, saya..

    zzarina_hasim:
    tapi dia kata sy kurang romantis..
    sedang mencuba sedaya habis..

    ~nEeYsA~:
    ya..
    terima kasih, wahai si mawar ungu :-)

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama03 Jun, 2009

    sila jangan cemburukan kebaya itu!

    kerana ternyata saya hanya mengagumi kombinasi warna yang menarik itu.

    "mamaaaaa, jom pi cari kain ungu + pink!"

    lalala~~~ xD

    BalasPadam
  10. awak xboley lagi cari kain sebegitu..
    saya sudah borong..
    biar Jess saja yg ada ;-)

    kalau mau juga sy jual lah..
    semeter satu juta pound sterling..
    apa mcm????

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama06 Jun, 2009

    apa macam? macam bagusss jek! wekkk! haha.. xD

    *ku pilih putih akhirnya*

    BalasPadam
  12. ptut r gmbr profile awak putih saja..
    pkai fair & lovely ka??
    kecerahan dlm ms 7 ari ;-)

    BalasPadam

Kemaluan tinggi tanda kemandulan fikiran.